
Cik yaya ada sedikit masa nak update belog. well dah jadi orang RUMAH. haha. lagi sehari setengah hari saja lagi kita umat Islam akan menyambut hari yang mulia iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sekarang ni memang kalau tengok pasar borong, supermarket, hypermarket dan segala bala market semua pack dengan kelibat manusia yang berbondong-bondong nak membeli kelengkapan raya. Nak beli baju rayalah, kasut rayalah, karpet barulah dan xlupa ada yang nak beli kereta barulah!! fusyooo semangat betul lah mereka-mereka ini! Tapi itu mereka. biarkan mereka dan keluarga mereka wahahaa. ;D
Cik yaya sefamily menyambut ala kadar je setiap tahun. Yang paling busy tentunya kakak saya Cik Mala Dondang. Dia kalau bab-bab event ni serahkan je pada dia. tahulah dia menguruskan and also thanks to her yang membelikan 2 pasang kain dan telah berjaya disiapkan oleh Chek Yam menjadi sepasang baju kurung pahang dan kurung moden.wuuuu ingat xde baju raya ; Berbalik pada tugas persiapan nak raya.Saya? buat ape? makan tido makan tido zzZZZZzz.. BANYAKLA!! kalau xkena jerit ngan Chek Yam a.k.a the highest and powerful mem' in the house haa buatla tido sepanjang hari. kena kompang saje je. Saya tukang kemas rumahla. lap perabot,lap tingkap kalah macik cleaner UITM tu haaa. Lepas tu amik tugas ion baju raya -___- paling xsuka job nih. Kira kerja mengemas serah pada saya. Gunalah Harpic! ceh.tibe-tibe keluar iklan cuci toilet bowl T--T . Oklah. sebelum cik yaya meneruskan lagi merepek tak tentu pasal. baik berhenti sampai disini dan nak sambung mengemas rumah. bye peeps!
No comments:
Post a Comment