Owner of this wonder world of magic !

My photo
coffeeholic - Everybody should believe in something. I believe I'll have another coffee. Do wonder in my wonder life (:
Daisypath Wedding tickers

Making love!

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 11, 2011

Tahun kelahiran mengikut kalendar lunar cina

MONYET
Tahun : 1944,1956,1968,1980,1992,2004,2016
Perwatakan : Anda bijak dan berdaya penarik. Kelebihan semulajadi ini memberi peluang kepada anda menguasai orang dan keadaan sekeliling. Bagi teman yang bermasalah, anda diibaratkan pendengar setia. Sungguhpun ada masanya anda berpura² dan tidak memberi sebarang bantuan, namun keceriaan anda mampu meredakan tekanan insan lain.
Percintaan : Awas, jangan terlalu bijak bermain kata², menabur janji manis sehingga kekasih pergi. Anda juga jangan rambang mata sehingga kasih dan cinta mudah diberi kepada semua yang berkenan dihati.
Pasangan serasi : Naga, Tikus

AYAM
Tahun : 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017
Perwatakan : Seorang yang tidak gentar dengan cabaran. Setiap rintangan dihadapi dengan penuh berani dan terbuka. Bagi anda masalah mencetuskan semangat baru dan membina jati diri. Anda juga lantang memberi pendapat dan bijak mencari kelemahan insan lain untuk dikritik. Anda jujur memberi pendapat Cuma sifat terlau berterus terang ada ketika melukakan perasaan orang.
Percintaan : Tunjukkan kesungguhan anda menyayangi dia dengan sikap positif bukan sekadar membawa dia ke hulu ke hilir tanpa bukti yang meyakinkan dan menjamin masa depannya.
Pasangan Serasi : Lembu, Ular

ANJING
Tahun : 1946, 1958, 1972, 1982, 1994, 2006, 2018
Perwatakan : Bersifat pelindung dan menjaga kebajikan orang sekitar. Pendendam adalah sifat buruk anda. Anda terlalu sensitif menyebabkan ada ketikanya anda sukar difahami. Berbanding zodiak lain, anda juga seorang yang tegas mempertahankan hak.
Percintaan : Anda memang seorang pendebat yang hebat namun tidak perlu menunjukkan jaguh kepada orang yang dikasihi, anda hanya melukakan hatinya. Kurangkan pertelagahan.
Pasangan serasi : Harimau, Kuda

BABI
Tahun : 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019
Perwatakan : Anda mudah berkongsi kesusahan orang. Malah sanggup bersusah payah membantu mereka yang memerlukan. Cuma anda perlu berhati² kerana ada waktunya kebaikan anda disalahertikan. Rezeki anda selalu murah. Cuma perlu gigih berusaha dan buang sifat malas dan suka bersantai yang menebal dalam diri.
Percintaan : Jangan asyik berbelanja mewah dan mengharapkan belanja sidia. Dalam mencari kerukunan hidup berdua, biarlah bersama² menyumbang ke arah kesenangan.
Pasangan serasi : Arnab, Kambing

TIKUS
Tahun : 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1196, 2008
Perwatakan : Seorang yang bersemangat tinggi dan tidak pernah berputus asa. Cuma anda sering bersikap tergesa² dalam melaksanakan cita². Anda juga harus belajar membuat timbang tara agar setiap keputusan benar² berhasil.
Percintaan : Banyak tindakan dan keputusan anda gagal mencapai matlamat. Ini menimbulkan perasaan cuak dan curiga orang yang disayangi. Apakata anda berbincang terlebih dahulu dalam merancang masa hadapan agar masa, wang dan tenaga tidak sia². Dan, jangan sesekali membabitkan wang sidia!
Pasangan serasi : Naga, Monyet

LEMBU
Tahun : 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009
Perwatakan : Bijak menyimpan rahsia dan boleh dipercayai. Anda lebih gemar menyempurnakan sesuatu perkara secara berkumpulan. Ada ketikanya anda terlalu bergantung pada ketua dan kurang berkeyakinan pada diri sendiri. Sifat taat keterlaluan sering membuatkan anda gagal menyerlahkan kemampuan diri.
Percintaan : Anda memang seorang yang berkasih hanya pada yang satu. Namun kelemahan diri tidak mampu menzahirkan kasih sayang menyebabkan anda sering kecewa. Sesekali tidak salah dan tidak jatuh martabat jiakalu meluahkan perasaan yang tersirat. Ia pemanis hubungan.
Pasangan serasi : Ular, Ayam

HARIMAU (Mr. Warholl)
Tahun : 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010
Perwatakan : Gaya diri yang bersahaja amat memikat. Anda seorang yang berani dan tidak gentar pada cabaran. Karisma dan kecerian diri seiring menyebabkan orang keliling anda menghidu masalah anda. Cuma anda sukar menerima kekalahan atau kelebihan orang lain. Kekurang diri boleh menyebabkan perasaan anda terganggu.
Percintaan : Kawal perasaan dan rasa cemburu dalam hubungan dua hati.ha ni betul,dia sangat seorang yang jealousy.sabar jela saya ni -___-; Dek terlalu sayang, sifat cemburu anda ada ketikanya begitu bergelora. Mencintainya tidak bererti sentiasa di sisi atau menakluki dirinya. Pasangan juga pelu kebebasan menentukan kerjayanya.
Pasangan serasi : Kuda, Anjing (mana ular? -__-'' tipu nih)

NAGA
Tahun : 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000, 2012
Perwatakan : Kekuatan mental dan sentiasa bersikap positif adalah kelebihan diri. Memiliki tenaga yang luar biasa dalam melaksanakan tanggungjawab. Kelebihan ini menyebabkan ada waktunya diri anda dijauhi rakan apabila mentafsir anda sabagai penakluk.
Percintaan : Anda selalu mambayangkan kesempurnaan dalam segala hal meyebabkan pasangan berasa rimas dan kurang selesa. Tidak salah mengimpikan yang terbaik namun biarlah berpada², mengikut kemampuan diri serta keputusan itu sesuatu yang amali.
Pasangan serasi : Monyet , Tikus

ULAR (Saya)
Tahun : 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001, 2013
Perwatakan : Mudah mesra, cergas dan petah berkata² kepochi hik hik. Setiap tindakan diawasi teliti, terancang dan penuh berhemah. Anda mampu menjadi ketua yang baik Cuma ada ketikanya sifat terlalu yakin dengan kebolehan diri menyebabkan anda kecundang.
Percintaan : Anda seorang yang bijak bermain cinta. Malah apabila berkesempatan anda tidak ragu² membeli beberapa hati dan jiwa dalam masa serentak. Awas, jangan sampai rahsia terbongkar kerana ada ketika gula yang ditanak di tepi bibir mampu menjadi racun! hey!saya bukan playgirl ok!
Pasangan serasi : Ayam, Lembu (mana harimau?tipu lagi ni)

KAMBING
Tahun : 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015
Perwatakan : Seorang yang lemah-lembut dan mudah beralah. Apabila berada dalam keadaan tertekan anda gagal membuat keputusan dengan bijak. Hidup berkeluarga adalah syurga anda. Bijak merancang kewangan dan mengatur belanjawan. Bagi anda lebih baik bersakit² dahulu demi mencapai kesenangan kemudian.
Percintaan : Jangan biarkan pasangan terlalu menguasai anda. Walaupun sayang atau cinta, ia tetap ada batasnya. Beralah pada perkara yang tidak wajar bukan bijak dan bukan bukti cinta. Ketegasan diri amat perlu agar anda tidak terlalu sengsara seandainya ditinggalkan.
Pasangan serasi : Arnab, Babi

KUDA
Tahun : 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 2014
Perwatakan : Anda seorang yang dinamik dan berjiwa lasak. Dalam apa jua keadaan anda mampu menyesuaikan diri. Seorang pengkritik yang hebat namun jujur. Ramai manjauhkan diri dari anda kerana tidak sanggup mendengar pendapat jujur anda mengenai kelemahan mereka.
Percintaan : Jikalau hati sudah suka, jiwa sudah cinta, tidak salah kita berkongsi perasaan. Ketepikan ego dan belajarlah memahami perasaan orang lain. Rendahkan suara, kurangkan tingkah laku yang agresif agar pasangan boleh menerima anda. Belajarlah menerima kekurangan pasangan seadanya!
Pasangan serasi : Babi, Harimau



p/s: so kalian boleh tengok sendiri tahun kalian beranak & personalitinya! ;)

1 comment:

drmandangmichael@gmail.com said...

"Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala, sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails