Owner of this wonder world of magic !

My photo
coffeeholic - Everybody should believe in something. I believe I'll have another coffee. Do wonder in my wonder life (:
Daisypath Wedding tickers

Making love!

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 9, 2011

"BERSIH"kah?"

9 JULAI 2011
Hari ini dalam sejarah Malaysia. Demokrasikah? Amankah? BERSIHkah?Apa benda yang aku ngarut ni? Hari ni, aku bangun-bangun tak gosok gigi lagi, aku bukak laptop, bukak Facebook dan Twitter. Sungguh kepoh la cikya nih. ehe. Aku saja tengok dekat Twitter @Bersih. Apa yang sedang di kecoh-kecohkan. Aku tengok dan nilai. Macam-macam foto dan berita di update. Para riot begitu semangat nampaknya. Aku tak nak komen lebih-lebih kang tak memasal belog kesayangan ni di block/hacked oleh ahli pro-politik. Takut nok! Tapi kan, rasa macam kat Palestin pun ada. Helicopter dengan gas pemedih mata, para FRU, gerombolan manusia disetiap pelusuk ibu kota. Begitu bersemangat! Semangat 1Malaysia katanya. :)

Kesian aku tengok yang tua-tua,kaum hawa bertempiaran lari bila semburan pemedih mata dihamburkan kepada mereka. Jihad kah? Aku bukan penganalis politik, aku tidak menyokong yang kuning mahupun yang merah. Suara Rakyat katanya. Adalah dalam 50 ribu yang hadir. Semangat. Begitu bersemangat. Sedihnya aku. Bukan kerana campur tangan kuasa negara lain, tetapi perbalahan sesama sendiri. Negara aman, negara makmur. Ya, mungkin aku masih mentah untuk memahami fahaman politik dan keadilan ini. Aku mentah. tapi aku tak mahu masa hadapan negara dipimpin oleh kaum lain. Bersikap prejudice dan racist? Anda nilaikan bila Melayu hilang di mata dunia. Masih adakah hak keistimewaan warisan Melayu ini? Aku tak tahu. Aku tak boleh meramal masa hadapan negaraku Malaysia. Agama dan keistimewaan. Mahukah negara kita menjadi negara yang bebas? Terlalu bebas? Seperti memorandum Ambiga kepada IFC? Aku tak tahu. Sedih mengenangkan negara yang sudah merdeka, tapi rakyat masih mahukan keadilan. ya keadilan untuk setiap kejahatan yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Pada kamu yang bernama Ketua. Aku tak nampak dimanakah penyelesaian yang kau berikan. Hari yang bersejarah,tapi kau hilang ke mana. Syabas! Aku masih belum mengerti akan hal ni. Masih belum. Kalau entry kali ini mengundang sensitiviti sesiapa, yang merah mahupun yang kuning, seribu kemaafan dipinta. Aku menaip mengikut apa yang aku mengerti, apa yang aku fahami dengan pemerhatian yang aku teliti. Kepada para riot yang terlalu lantang menyuarakan hak-hak kalian, marilah lihat dan amati akan masa hadapan negaramu MALAYSIA :)

Debu Kotor

Selangkah hampir kita ke puncak jaya

BERSIH mencucuh api kebencian membara

Demokrasi dicanang membuta tuli

Segenggam hasrat mengangkat diri sendiri

Lama usaha kita – Negara berjaya

Lama nikmat kita – Negara berjasa

Demokrasi yang utuh, jangan kita kufuri

Suara lancang perlu ditutuh , kita gagahi!

Lima dekad lalu anak Tanah Melayu bersatu;

Di London diikat janji ke arah satu:

Tak diperlu debu sengketa yang tepu

Diperlu hanya suara hati yang merdu

Kini ditiuplah debu laknat itu;

Kini bertebanganlah zarah debu itu.


p/s: Aku ambil dari sahabat di Facebook



"Takkan Melayu Hilang Di Dunia"


2 comments:

Anonymous said...

cik ya. si ketua ta hilang ke mana2 pun..ada je di putrajaya. banyak lagi benda lebih penting untuk negara yang dia nak jaga..for this stupid rally pun sudah dilarang. ada BANYAK PLATFORM yg boleh digunakan untuk menyampaikan ketidakpuasan hati, kenapa nak juga buat demonstrasi..kenapa tade rasa hormat langsung dekat sistem demokrasi negara ni..kenapa masa menghadap Agong haritu, dia tak kasi je memorandum dia tu ini semua propaganda untuk kepentingan peribadi..yang paling sedih dan kesian melihat orang melayu kita..haihhhh..~

lalak said...

diorg buat demo sbb ini negara demokrasi so rakyat ada hak nak buat demo tu. diorg x buat onar kot. polis yg baling gas pemedih mata tu kat rakyat. diorg supposed baling 45darjah ke udara..not ke manusia. kenapa ketua takut sgt memo tu sampai kat Agong? rakyat just want a clean election je pun. bukan suruh ketua letak jawatan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails