Kau tak pernah ada bila aku perlukan kau. Bila aku masih mentah dan perlukan kasih seorang pelindung. Saat aku tergapai-gapai. Melihat kebahagian orang lain. Ceria wajah bila didukung takkala kecil. Sayu hati. Sedih hati. Terkilan. Namun takdir yang DIA beri, aku terima seadanya. Bila aku mula mahu merasa kebahagiaan, kenapa kau hamburkan kata-kata sebegitu? Kau rampas kebahagian kecil yang aku cuba bina. Aku tak perlukan jagaan kau. Perhatian kau. Cukup matang aku menilai dunia.Atas jasa dia yang tak pernah lelah membesarkan aku dengan kedrat menghayun kuali masak.Kata dia yang perlu aku turut. Bukan kata kau. Ya aku ilmu belum tinggi melangit, tapi aku faham roda dunia. Kau, bila aku sudah mengenal erti kehidupan. Kau hadir. Melaksana kuasa veto. Cukup hebat. Dikira umurku setahun jagung seperti bila kau meninggalkan aku dahulu.Difikir aku tak mampu mengawal kehidupan walau umurku sudah ke aras 2. Ya Allah derhakanya aku.
Jangan disalah pada yang baru mulakan hidup ini. Jadinya aku begini kerana silap kau sendiri.
Ya Allah, begitu hebat dugaan yang kau berikan sebelum aku mampu mengecapi kebahagiaan. Kau kuatkanlah hambaMu ini. Kuatkanlah.
No comments:
Post a Comment