Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Macam syahdu.wuwu. Esok dah weekends, aku tatau nak buat ape. Mak Yam balik Langkawi. Untungla die kan. Pak dekat sana bolehla setiap minggu or selang dua minggu feeling vacation kan dekat pulau.#jeles. Hari ni aku pergi office pakai baju kurung kedah warna red hot chilli pepper. Eh macam nama band pulak dah. Tapi true. Memang cantik baju kurung kedah mak aku ni. Ngam-ngam je dengan saiz badan aku yang tinggi melampai tapi bonbon besar -___- #perlumentionitu. Ramai pujik arini. Haruslah kembang setaman firdausi. Aku takdak kamera canggih. Malah hendpon pon cap nokia kamera berapa pixel jer. Malas nak uplod. Buat malu kompeni.
So berbalik pada perasaan syahdu ini. Aku kan entah ek. Macam saje je nak express semua yang aku rasa dalam belog. Well nama pun life journal kan. Takkan aku nak cite pasal artis pulek macam Beautifulnara T____T. Aku rasa bila aku menaip ni, belog jela yang layan ape yang aku rase. Tibe-tibe nak sedih, emo, depress semua. Kesian belog ni kena tadah jelah dengan luahan perasaan aku ni. Sedih. Habis in real life aku takdak pun BFF ape tu True Friends semua. Tapi tipulah aku takdak kawan langsung. Habis kawan office aku,kawan ex-kampus aku tu aku nak letak mana? #heheh. I mean kawan yang betul-betul macam fahamlah aku ni camna, boleh share apa aku rasa pastu siap gelak2 selalu share benda sama,suka & ngumpat orang lagik. #kejik. Tu pun bukan aku taknak tapi aku macam ada boundaries antara kawan dengan aku. Macam aku taknak kawan aku tau semua pasal aku. Pernah terjadi dulu. Ku sangkakan panas sampai kepetang rupanya hujans ditengah hari. ha gitu. So aku macam takut-takut je nak percaya orang.
Even kadang dengan family pun kan. Ada yang aku tengok jeles je sebab adik-beradik macam happy go lucky share all things together macam Peej dengan adik dia Noy. Seronok je tengok jalan-jalan dua orang. Ngumpat pon dua orang. ceh aku ni ngumpat he feberet.Family aku bukan jenis type family macam tu. Well nama pun semua dah berfamily so haruslah dorang pun pergi duduk jejauh, & time raya jelah jumpa T__T #sedihhh. Memang macam tu family aku. So tinggallah aku sendirian dan menjadi peneman haruslah belog ini. #sayangbelogciomketat2!
Hah.Lagi sorang yang jadi mangsa tempat aku emo & boring tentunya Mr.Warholl. Tapi pun sekarang dia dah tak koser nak layan aku. Sycho lebih aku ni. Bila dah aku boring takda pa nak buat aku mesti cari dia. Call dia pastu bila dia busy sikit, tak layan hah mula lah aku depress pastu emo-emo pastu sedih sendiri lalu menangis dan tertido.Gile kan?
Habis korang bayangkan, aku balik office, aku takda pa nak buat. Kawan dekat JB ni memang nan hado lah. Bukan aku tak sohSial tapi memang aku jenis ntah. Takut kot nak berkawan. Pastu macam ntah bila orang ajak keluar kang ade aku keje nak balik je. Bukan anti sosial ke tu? *bunuh diri sendirik*
Orang yang aku jumpa mostly cakap aku ni macam happy-happy lepastu macam peramah je kan. Ha itu sisi yang aku tunjuk, yang aku tak tunjuk? Haa. Ntah-ntah semorang tanak kawan dengan aku kan. Gila freak aku ni.
Aku rasa aku kena jumpa pakar sakit puan lah. Eh silap pakar psikitiari. Sakit mental gaknye aku ni.
Tu jelah. Nanti agak-agak aku bosan aku mengadu dekat belog ni. :')
No comments:
Post a Comment