Owner of this wonder world of magic !

My photo
coffeeholic - Everybody should believe in something. I believe I'll have another coffee. Do wonder in my wonder life (:
Daisypath Wedding tickers

Making love!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 5, 2013

Tentang Rasa ):



Kadang orang fikir kehidupan aku sempurna. Happy je. Ada je benda yang aku dapat. Setiap kata ada yang hujungnya berkata 'Untunglah' untunglah... Disebalik untunglah, kegembiraan yang aku share. Senyuman ni. Masih ada tak yang faham keadaan sebenar aku? Aku yang dulu..

Ya mungkin tak semua. atau mungkin tak ada seorang pun yang kenal sisi gelap. Sisi sipi aku. Semua yang aku tunjuk aku ni happy, aku ni beruntung. Tapi tahukah kau bahwa aku ini seorang bertungkus untuk dapatkan sesuatu itu? Aku ini yang telan segala masalah sendiri? Aku ini yang pendam segalanya?

Fahamkah kau?

Fahamkah kau yang jauh dari sudut hati aku ini, aku inginkan itu.. aku inginkan ini.. tapi yeah, Tuhan Maha Adil, diberi kekurangan, tetapi terselit kelebihan. Aku redha. Tapi semana mana aku boleh bersabar jika ditimpa begini?

Kedutan dimuka, tekanan, dah mula ada.Bila mana umur aku baru nak 24 tahun! Ya Allah, sedihnya hati. Mana aku nak berkongsi rasa ni. :(

Susah, teman walau insan mana sekali disisi aku, takkan mudah untuk aku cerita yang terpendam. Susah. Mahu dicerita takut dikata dijaja cerita sendiri. Mahu tak mahu harus telan saja. Biar berkeriput muka, biar tertelan duka.

Aku kadang sanggup sendiri, sendiri menelan segala. Bila sendiri aku tenang. Biarlah. Mungkin ada hikmah. Aku redha.

Tak semudah yang disangka. Bukan aku pentingkan diri. Tapi cukup memakan diri sendiri bila dibiar begini.

Kadang bila begini hanya Dia yang kasihkan aku. Aku tahu, walau dia tak menjawab segala permintaan ku. Tapiku tahu, dia sentiasa ada. Walau kadang aku terlupa. Walau macam mananya aku. Dia sentiasa ada. Cuma aku yang jahat tak pernah sentiasa ada untuk dia.

Dah jatuh, luka sikit baru nak merengek.
Inilah aku. Mencari kebahagiaan hakiki tapi sebenarnya senang dicari. Cuma aku yang bodoh bertuli ):


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails