Owner of this wonder world of magic !

My photo
coffeeholic - Everybody should believe in something. I believe I'll have another coffee. Do wonder in my wonder life (:
Daisypath Wedding tickers

Making love!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 1, 2019

Percutian Ala Bajet ke Krabi, Thailand (4D3N) 2019

Hello! Assalamualaikum!

Seperti yang dijanjikan, aku bermotivasi untuk sentiasa update belog ini hiewhiewhiew..
So untuk tahun 2019, overseas trip yang pertama adalah ke Krabi!

Bulan September baru dapat nak melangkah panjang sikit, disebabkan raya pun jalan-jalan raya travel sana sini (dalam Malaysia jela)

So untuk trip Krabi, aku & husband plan kononnya nak meminimumkan perbelanjaan flights,accommodation so aku pun mengigihla flight hunting AirAsia and luckily dapat la tiket yang agak berbaloi;

AA JB-KL (return) - RM83 per pax (termasuk airport tax,debit fees)
AA KL-KRABI (return) - RM149.80 (termasuk airport tax, debit fees)

So total per pax for flight all in adalah dalam RM232.80 seorang & kami x ambil extra luggage sebab memikirkan takut luggage delay & kami akan rushing. Bagi aku agak berbaloi bila dah ditambah tolak kos kalau bertolak dari JB naik kereta, tol minyak, parking di KLIA lagi.. Kosnya adalah lebih kurang. Jadi we all decided untuk naik flights saja and tak penat nak drive balik ke JB.

Untuk tips booking multiple flights ni, korang boleh je search contoh dari JB-Krabi terus & AA akan calculate and matchkan suitable connecting flights untuk memudahkan kita. Tapi aku amik separate booking sebab xnak rushing, and si cheapskate ni xnak purchase AA insurance! hahaha.

So utk tips separate flight booking, kena ada buffer atleast 4-3hours untuk next flight korang, so adalah ample time untuk korang x berlari2 di airport KLIA 2 yang super besar itu.

Day 1, 24 September 2019

Depart from JB pukul 11.05 am, kitaorang sampai Senai Airport dalam pukul 9.50am, sempat la berbreakfast dekat Subway & boarding pada pukul 10.30 am.. Trip relaks2 aja ni huhu..
cantikkan view

So kami sampai dalam lebih kurang pukul 12.00 pm, pun tak rushing sebab ke Krabi pukul 4.15 pm, kira sampai tu kitaorang asyikla duk perhati orang berlari berkejaran nak kejar flight huuu. Jalan relaks, lunch dekat McDonald. Lepastu lepak dekat boarding area sambil bergambar-gambar. Maka terhasilah photoshoot impromptu kami seperti kat bawah ni. Hiks.


sila jangan annoying -__-''

Perjalanan dari KL-Krabi hanyalah memakan masa dalam 1jam 20min & waktu dorang lambat sejam dari waktu kita. So sesampai je jalan terus menonong ke lobby sebab dah survey thru belog2 travel untuk terus je ke arah lobby untuk senang dapatkan van ke area Aonang. Kalau yang takda roaming & nak beli simkad, dekat airport Krabi area arrival memang ada je orang-orang yang promote untuk beli & korang boleh dapatkan dalam harga 150bhat-100bhat xsilap. Aku & husband kitaorang memang dah dapat UMobile 3g roaming free. So x perlu la beli simkad lg. Melainkan kalau kau nak update IG berpuluh. Ha confirm kena topup and standby. Umobile pun if dah terexceed penggunaan 3g, dia akan charge RM10 per day. Tapi nasibla sepanjang 4h3m aku kat sana baru guna 1g lebih je sebab bila kat hotel on wifi. Jimat disitu bukannn. Ok berbalik pada shuttle van nih. Aku pegi je area lobby tu ramai benor yang offer shuttle teksi la, van la etc2. Tapi aku terus target ade 1 kakak pakai tudung ni yang pegang papan klip (aku x tau nk describe benda alah ni) & aku tengok dia duk kumpul2 la passengers. So aku rasa akak  ni x kan tipu aku wkwkwkwk. Tapi sebenarnya ok je kat Krabi. Kau just kena pandai bargain jela. Shuttle van tu akak tu charge 150bhat per pax ke hotel  (lebih kurang RM20.50) & rata-rata memang harga shuttle dari airport ke Aonang adalah sama je, 150bhat. Aku deal terus untuk shuttle time balik nanti. Kena make sure dia bagi resit & detail ok utk shuttle van balik tu! Total transportation cost airport - hotel (return) - RM41 per pax.

Perjalanan dari airport ke Aonang adalah dalam 45min camtu, & masa kitaorang sampai tu cuaca macam mendung-mendung berarak kelabu jek. Almaklum dah nak masuk monsun time dah masa kitaorang pegi tu (tu dapat tiket murah wkwkwk) 

Untuk tips hotel/accommodations, aku prefer book dekat Agoda & kadang-kadang Booking.com & most important website yang aku akan klik before pegi mana-mana travel web nih of course la Shopback! (hehew btw not sponsored -_-) sebabnya dekat shopback tu biasanya aku akan dapat rebate after booking hotel or any online shopping website. So far berbaloi-baloi uolss.. Cepat g register shopback dekat link ni Shopback ni untuk dapat your first cashback :)

Hotel aku, memang aku dah decide untuk cari yang below RM100 per night & selepas hunting belog-belog travel & travelog, aku pilih Aonang Eco Inn which bagi aku affordable. Aku dapat RM66 per night and hotel dia sangat ok! Dekat dengan restoran, street foods yang halal compared to kalau korang book dekat are pantai. Tapi kena jalan sikit la if korang nak pegi ke pantai. Tapi sebab hotel ni murah, bersih, tepi jalan Aonang je. pastu ade bathtub! Ha mestilah aku terus book. So total untuk 3malam dalam RM198. Murah bukannnn. Tapi kalau korang nak survey & nak cari lagi murah.. ada je lagi. Tapi keselesaan & kebersihan tu aku tak pasti la eh hehe. Picture hotel aku xambil la pulak, tapi korang boleh klik pada link nama hotel tu untuk tengok ya!

Lepas settle check-in everything, tempat yang first kitaorang nak tuju is 7Eleven depaaaaa! Omg, aku memang nak pergi sangat sebab based on travelog review by others, 7E dia heaven ok. Macam-macam ada k. Macam version Family Mart gitu. Pastu duk la kami ni hari-hari beli thai tea dia sebab sedap nak mampus & harga dia untuk 1 cawan besar dalam RM2.80 jek. Murah bukannnn :D

Pastu kitaorang pun pergilah cari tempat untuk dinner sebab lapar k. Tak makan proper pun dari siang. Pun kitaorang cari food court dia which lokasi dia kedalam sikit bukan dekat tepi-tepi jalan. Situ ada beberapa kedai halal yang offer menu macam kat kedai Awe kat Malaysia. Seafood semua fresh-fresh, and bolehla harga dia xmahal pun. Lebih kurang harga kat Malaysia

 macam gini ha food court dia

 semua ni dalam 580bhat 

 fresh-fresh kan

After dinner, misi seterusnya nak cari pakej untuk day 2 & day 3. Kitaorang memang plan nak amik pakej sebab nak memaksimumkan hari yang ada. If ada yang nak lagi jimat, tak nak ambil pakej pun boleh. Kalau korang pergi hujung bulan September, semua pakej adalah agak murah sebab low season. Bagi aku, ok je sebab tenang & x ramai orang sangat. Just kena beware on weather jela.

Pusing punya pusing sini tempatnya kita booking!

Pakej untuk Day 2 - Hot Spring, Emerald Pool & Kayaking at Ao Thalane (1300 bhat/RM178 per pax)
Pakej untuk Day 3 - 7 Islands Hopping (900 bhat/RM123 per pax) 
Total per pax for 2 Days Tour - RM301.20

Kitaorang x ambil pakej Elephant Trekking since kitaorang adalah sifat-sifat perikemanusiaan tu kens. So untuk pakej Day 2 tu, elephant trekking tukar ke kayaking. All packages ni dah termasuk hotel pickup & meal tau korang. So dah jimat kat situ.

Dah settle booking semua. Jalan-jalan lah kat area pantai Aonang tu hihi


Sebab pantai Aonang tu agak jauh dekat hotel, jadi lapar balik k. haha..So try lah thai pancake ni. Bagi aku rasa dia bhiase-bhiase jek. Boleh order roti boom kat mamak. Ha sama je rasa dia. Kau tambah letak pisang. Jadikk.

Day 2, 25 September 2019
Hot Spring, Emerald Pool & Kayaking at Ao Thalane

After breakfast dekat hotel, tour guide pick up on time ok. Pukul 8.30 am dia dah datang. Then amik tourist yang lain yang sama-sama nak pegi Emerald Pool & Hot Spring. So far 2 tempat ni memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan dari Aonang. Sesampai pun dah dekat pukul 9.30 am. Ada juga option if korang nak sewa motor, tapi memandangkan 2 tempat ni agak jauh & xnak la spoilkan mood penat-penat, kitaorang rela lagi amik pakej hihih. Kalau naik motor lagi murah & cuma kena bayar entrance fees je. Entrance fees xsure pulak berapa, our pakej dah included semua.

 Hot Spring

 Kemahen kakak kau posing kan.

 Husband je yang mandi. Me main celup-celup kaki je sebab panas 

Dekat Hot Spring, kena berjalan dalam 500meter untuk sampai kat kolam air panas tu, air dia memang panas tapi view dia Subhanallah cantik. Banyak tau kebaikan kalau kita berendam dalam kolam air panas natural ni. Ah korang google la sendiri benefits dia k. Masa diberi dekat Emerald Pool ni dalam 1 jam. Lepastu kena bergerak ke Emerald Pool pulak. Just 10mins je untuk sampai ke Emerald Pool dari Hot Spring. Sesampai di Emerald Pool, tour guide inform kena berjalan kaki ke dalam.. 800 meter untuk sampai ke sana. Fuh memang berjalan je harini.. tsk..Masa kat dalam pun di beri 1 jam je kemudian lunch diberi dekat restoran dekat dengan entrance Emerald Pool..

 Emerald Pool
 Cantik tapi ramai benor orang


Lunch provided so far okla, ada tom yam ayam, ayam sweet sour, sayur chapcai, buah tembikai.. So kenyang jugak disitu (jimat xde keluar duit dah.. hihi)

After settle lunch semua, kami bergerak pulak nak ke Ao Thalane, pun memakan masa selama 1jam nak sampai. Dahla x tukar baju, lepas hujan pulak tu..Kesejukan memasing kat dalam van.. huhu..

Nah.. nak belanja gambar kayak kat Ao Thalane, superb gilaaa view dia.. Walaupun penat mengayuh 6km kau dekat laut lepas untuk sampai ke lagun. Lagun dia adalah tempat Leonardo Dicaprio berlakon movie The Beach tu k. Subhanallah memang cantik. Sampai pukul 2pm, habis kayak semua dalam pukul 5pm.. then straight balik ke Aonang balik.. 





Dah balik semua, settle rehat, kitaorang memang nk memanfaatkan habis-habislah hari ke-2 ni, sewa skuter dalam 200bhat utk sehari bawak pusing-pusing Aonang Beach sampailah ke Aonang Night Market. Kami dinner kat situ je sambil layan liveband.




Day 3, 26 September 2019
7 Islands Sunset Tour -Chicken Island, Daeng Island, Phra Nang beach, Tang Ming Island, Poda Island, Tup Island, Sii Island & Railay Beach.

Penat jugak ye nak mengarang blog nih.Hehew.. ok mari kita gigihkan habis menaip. 
Day 3 sunset tour start pukul 1.00 pm, so pagi tu sempat la kami gunakan motor yang sewa dari malam tu ke Noa Pharat Thara Beach untuk ronda-ronda before tour guide pick up kat hotel pukul 1 pm. Lunch kami dekat 7E since nanti dinner provided dekat island. Kitaorang ni asyikla membeli shrimp burger brand CP dia.. Sedap.. Wajib kena beli kalau pergi Thailand. So, after pick up kami di bawa ke jeti, tapi x ingat nama jeti tu. Kena bayar 100bhat per pax untuk tax (xsure kena kena bayar sebab ingatkan all dah included) 

Kami pilih big boat since macam takut hujan lebat kan, x sanggup sis nak berombak bagai kalau naik long tail boat yang famous tu & big boat ade toilet. Dijamin keselesaan disitu hihi.. Nah belanja gambar jela :)



 Feeling dekat Poda Island

 Chicken Island

 Cave area at Railay Beach



Sunset at Railay Beach

Day 3 kami berakhir dengan dinner dekat Railay Beach sambil tengok sunset then snorkeling malam untuk tengok plankton yang berkelip-kelip. Tapi aku x join pun snorkeling malam tu sebab masa snorkeling dekat Chicken Island, kaki aku terkena landak laut yang sakit nak mampssss T-T... So ilang terus mood untuk snorkeling. After balik dari tour malam tu, kami dinner dekat food court yang sama masa hari 1st. Sebab kat situ je yang rasa dia sedap & harga not bad.

Day 4, 27 September 2019

Hari balik!! Tapi sempat lagi shopping souvernir sewa motor kejap untuk pusing Aonang Street hihi.. Sebab flight balik pukul 2 pm.. Kitaorang managed squeezed everything masuk bagpack & luggage cukup ngam 7kg hehe... Cheapskate betul..Sampai KLIA 2 pun masa takla rushing, sebab flight balik ke JB pun pukul 9.00 pm so sempat menyopping perfume kat airport.. no rushing-rushing yalls..


Total untuk 4 hari 3 malam & cover almost all Krabi per pax adalah;

Flight (JB-KL-Krabi) - RM232.80
Hotel - RM99.00
Airport Teksi - RM41.00
Pakej - RM301.20
Sewa Motor -RM47.70 (1 day)
Insurance -RM20 (Etiqa 360)
Total: RM741.70 (total ni x termasuk makan & shopping etc ya!)


Ok then, till next trip uols! Which aku tengah pening kepala ni nak squeeze budget untuk ke negara matahari terbit pulak bulan December ni. Doakan aku rajin update belog lagi ya! heheeewwww..













No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails