Owner of this wonder world of magic !

My photo
coffeeholic - Everybody should believe in something. I believe I'll have another coffee. Do wonder in my wonder life (:
Daisypath Wedding tickers

Making love!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Diet Progress. Show all posts
Showing posts with label Diet Progress. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Work out sesh- at home (Bersukan dirumah)

Hi TGIF! Thanks god its friday!! friday~friday~~*nyanyi Rebecca Black punya lagu pfft*

Yesterday after got back from work aku pun buat eksperimentasi dengan bersukan dirumah *work out at home*. Kenapa dekat rumah? kenapa bukan dekat park yang selalu petang2 aku pergi berjogging tu?

Lately ni banyak sangat baca and dengar kes2 perempuan kena ragut la, kena samun la, rogol etc. As a women, wah women gitu... Haruslah chek takuittt. Mau pape terjadi. Mau menyesal tak sudah. Prevention is better than cure gitu. hehek.

Lagipun boss yang aku jaga sekarang dah warning suro bawak sports suit next Tuesday. Dia nak tengok cemana style aku punya work out T--T. Matiklaa. Selama ni dia bagi la advise la bebel la siap suruh aku ni ikut cara dia work out la. Diet semua la. Tau la dia tu memang athletic. *berapa banyak la daaa*.

Takuit oih kang dia pepenat bagi lecture tu rupanya aku tak apply poin! Haha layankan je bila dia bagi advise camna nak work out tu.. #evilllaugh muahahaa.. Habih kalu tak layankan mau ..*ayat tergendala boss finance mintak tolong kira nombor tadi... sambung balik* mau dia bebel jela cakap aku ni degil tak nak ikut cakap dia, mau bebel satu hari.. So the best yang aku buat is melayan jela cakap yang aku apply ape yang dia ajar tu..

Bila dia suruh bawak sport suits next Tuesday fuh fuh. terus semalam aku practise apa yang dia penah ajar * haha siap prektis bagai takut kantoi xpenah buat!*

So ni yang semalam aku buat within 30minutes for 3sets :

Ikut turutan ye adik2.
Aku buat cengini. tapi yg betul pic bawah ni.

Oleh kerana tali skipping kak jemah pendek, maka kak jemah kena buat yang mcm pic atas ni. for x50 for 1 set. pastu tukar utk set ke 2 kaki belah kanan pulak. 


Ni yang sebenarnya betul ye adik2..
 Step ke 2 :
Sit up for x10 per set.



 Lepas buat step yang pertama, terus buat step ke 2 mcm pic atas ni. Sebab buat kat rumah kens. Lagi takda siapa nak tukang pegang kaki.. sofa pun jadikk. takpe uolss.


Step ke 3 :
Press up for x10 per set
Ni paling relax, and to reduce all flabby arms ye. haha


Step ke 4 :
Squats x15 per set

Kakak2 macik2, squats ni sangat bagus untuk perempuang2 yang mempunyai "aset" seperti Kim K and JLo *termasuk aku* Fungsi dia adalah untuk firmkan buttocks and tighten bottom parts of our body. Siapa yang seturess nak dapat buttocks yang firms and comel montoks. Boleh ye apply squats ni sambil2 tengok Wanita Hari Ini kat TV3 hari2 hihikss.

Step 5 :
Arms raise & leg raise x10 per set
Picture atas ni tak tunjukkan arms raise, cuma leg je. Sepatutnya kaki kanan raise and tangan kiri pun raise ke atas seperti nak torbang tu. So cemana nak kira per set? nak fair, x1 utk dua2 belah kaki. *faham x agak2?* Kira kaki kanan & tangan kiri raise x1* , kaki kiri & tangan kanan raise x1. tu baru kira 1. then ulang utk x2.. *buat2 paham jela kalu tak paham heheh*

Additional step ke 6 :

Semalam aku x buat ni, hari ni baru nak buat. This step is to focus on your bottom part. Which betis engkorang yang besau cam nangka tu, so this step can helps to firm it and reduce it if kita buat hari2 la. :P



x10 per set.


So step2 diatas harus dilakukan tanpa henti utk 3 sets ye. within 30 minutes. and the result is korang akan bermandi peluh macam nak hapa. Memang utk first timer, anda akan rasa cam nak muntah and pening. Which is good! thats show your adrenalin is rushing out! Tapi buat ikut kemampuan ye uols. Hakak tak jamin kang ade masuk sepital sebab pitamsss!

Result pagi ni, kaki memang sengal2 ubi kayu. But joint semua mmg akan sakit.. tapi feel more energetic laaaa! *ehem baru pukul 11am. cuba tengok pukul 3pm nanti.. hiks*


Till then!
Yours truly
Yaya.

Wednesday, February 20, 2013

Journal hari ini - Hari Selasa 19.2.13

Assalam, hai everybody. or hai pada diri sendiri. Kut takde yang stalk belog ni. Takde page view. Takpe. Ini journal aku. Suka untuk cerita. Nanti buat kenang zaman muda (:

Masih di office, bawak bekal harini.
Sebab rajin?
tak jugak.
Sebab nak diet?
Erm. boleh la.

Tapi sebab paling utama..
Ye sebab ketipisan poket ini.
Tipis ye.
Gila kau nak tunggu gaji lagi berapa hari.
Mau masuk hari jumaat.

Makanya harini bertindak!
Bawak bekal.
Kalu hari2 kan bagus aku macamni
Jimat duit.
Boleh buat simpan untuk kawin. wawawaaa.

K. tak kelakar.

So semalam aku pergi kedai acheh bawah flat 4 tingkat.
Rumah sewa aku tu.

Beli telur 5 biji. Rm2
Sardin 1 tin kecik. Rm1.80
Roti Gardenia. Murah pulak. RM2.60 yang panjang tu.

Ok kira2 duit.
Cukup.
Total RM5.60. Acheh tu cakap *tak racist,dah aku taktau nama dia*
Lantak lah salah kira ke ape.
Math moden dulu dapat 7c. Cukup paras hidung.

So bayar.

Eh terlupa. Semalam sampai je masuk rumah.
Tanak nasik terus. 1 pot setengah.
Lapar woih.
Lunch semalam aku makan meggi cup tomyam je satu.

Gila.
Perut dahla besar macam lembu.
Atleast mee hoon goreng patut aku makan.

Done.
Tumbuk cili padi, bawang besar, bawang putih.
Sementara nak tunggu nasi masak.
Pegi mandi dulu. Bagi segar.
Sambil mandi perut dah pedih.

Ohoi.kesiannya lah kat aku. *berkata dalam hati ceh.*

Then masakla. Nak kasik warna.
Letak kunyit sikit.
Pastu takda bahan telur, ke fish cake ke.
Tu yang turun pegi kedai Acheh. *refer updates atas*

So arini aku dah tersangat kenyang.
Pagi boss yang kuat memaki aku tu
Baik pulak dia.
Belikan ayam goreng 2pcs
and telur goreng 2 jugak. *taulaa..eh* jgn fikir lain! Pfft!

So breakfast aku makanlah ayam goreng dia belikan tu.
Maybe dah lama sangat aku ni berdiet. *konon*
Maka tekak aku dengan ayam goreng itu pun tak kena..

Makan sikit je.


Meh aku update lunch aku yang baru je  semalam masuk peruit ni wieeee :))


Memula masukkan spread pada roti ye baked beans. Kate Chef Yaya yang terkenal
Then letak telur goreng boss belikan pagi tadi.

Taraaa! Siap sudah sandwich ku yang omm nomm nomm

Entry ni patut macam publish semalam. Hari Selasa. Tapi busy melampau nakharom. So lantak dengan tajuk entry ni ye. haha coz publish today! mih mih mih ;p



Monday, February 18, 2013

Emosi seorang gemuk. ke pengemuk?

Iye.
Tengah emosi ni
harapkan bukan yoyo diets.
But it is.

Im sad.
Should i take medicine?
Oh i want my slim fracture please?

So sekarang
Balik nanti
Nak jogg ke
Or nak tanak nasi 1 pot?
Buat nasi goreng kunyit cili padi?

Demyu nafsu serakah.

I hatchu

Bila nak kurusss ni??? wuwuwuwuwuuww -__-

Wednesday, January 30, 2013

Diet Progress- Part 4

My last update for my diet progress.. was last week..

So what my latest progress?

I've lost 3KG's!!

Ok bai. itu je nak cite tata :))

Monday, January 21, 2013

My Diet Progress - Part 3

Jangan nak diet progress bagai..
Sobs.
Menipu je kerjanya aku ni..
Diet pebenda.
Last Thursday,
MC sebab migraine dipagi hari.
Migraine tu taklah sangat haha
Tapi rasa nak memonteng tu adaaa
Bhaha.

Tapi pergi jumpa doctor jugak.
Sebab dah lama tak migraine
Doc bagi dosis baru..
Kena makan setiap hari 1 biji
Migarid 10mg.
Sebulan ok kena continue makan

Aku ni kalu dah migraine sampai sebelah mata kanan ni tak boleh bukak.
Biasa belah kanan jelah aku selalu sakit.
Takut la kot ada barah otak :(
Mana tau.
Mintak dijauhkan..

Tapi sekarang bengong pun ada aku ni.
Baru minum coffee.
Then lepastu aku makan ubat ni.
Haha sengal sendiri.

Ape ntah melalut sampai migraine.
Tajuk cerita pasal diet progress aku!
cheh.

Ok, starting thursday aku dah lupakan diet
Bengong kan aku
Bukan apa.
Dah tergendala dengan sakit.
Then my sis pulak bertunang
Dengan segala lauk pauk bagai..
Dengan busy jadi runner..
Mana sempat nk work out!!

Ahh tensen mak.

Takpe.
Jom cuba kembali dietku
sobs hwaiting!!

Semalam cuba dah.
Tapi perut ni macam belanga.
Keja nak minta isi jer
Kalu ade isi??
Hah gilo aku.

Takla.
Sebab due utk aku period ni tinggal beberapa hari saja lagi.
So hormone tengah membuak-buakla kot.
Nak makan..nak makann
lapar..lapar...

Tak makan nasi semalam,
Tapi aku masak mee hoon putih,
Dengan telur, sayuran and cili padi of course!
Mengigil perutku.

Last Friday melantak tak ingat
Manenya tak mengigil!

So arini pun sama..
Breakfast suku mee hoon putih dimasak pagi tadi,
Lunch mee hoon putih & sebiji telur goreng half cooked.

Petang ni nak plan utk work out!
As usual taman dekat rumah pun bolehh
hihi

Ditegur officemate cakap my buttocks dah kecil sedikit
Ni nak puji sedapkan hati ke or mata dia rabun pun tak tau la
Ha ha

Anyway we keep on the track ya!
Even dah tersasar kejap dari landasan T-T





Wednesday, January 16, 2013

My Diet Progress - Part 2

Harini macam rajinnya saya nak update belog weehu. Saja nak update diet progress yang aku harap jitu lah misi dia. Kira mesti kena follow..

Last week, about 2 times pergi jogg & exercise. Both ditemani oleh orang kesayangan hamba (:
But started to avoid rice & heavy meal was on last Monday..yeah. why Monday? Sebab weekend mak haku masak nasi bukhari yang sedap nak mamps. Lama uols tak dapat makan masakan emakku (':

Start weighing my weight. About 58kgs. My aimed is about 50kgs. That should be fine for me. And and want to reduce my belly fat! Sobs! Takla macam besar sangat. Tapi bila duduk & dah start ada muffin top. Duh thats my alarm telling me i should diet. T--T

So i bought this! ;

Skipping rope!
Tapi macam pendek laa. Almaklum beli dekat kedai RM2 -__- So boleh buat 1 leg jer. Both legs tak boleh. Last Monday jogged then walk then do exercise focus on my below parts, squats x40, skipping x40.

After that muntah /:

Yup terlalu ligat, terlalu push body yang baru nak warming up ni. Resultnya aku muntah lepas tu.

Jom aku list up eh meals yg aku makan starting last Monday ;

Monday 14Jan: Breakfast-Nasi goreng suku bekal (ni dah kira cheat eh), Lunch- Laksa Johor, Dinner- Bubur (lapar gila sebab lepas muntah)  - EXERCISED

Tuesday 15Jan : Breakfast  - Coffee cicah Hi Fibre biscuit 4pcs, Lunch - Mee hoon soto, Dinner - Roti 5pcs with sambal sardin telur (ni pun dah kira heavy actualy) - NO EXERCISE

Wednesday 16Jan : Breakfast - Roti 3pcs with sambal sardin telur semalam, Lunch - Laksa Johor, Dinner-(Taktau lagi, maybe roti?)

Yup, still aku rasa maybe diet programme aku macam ntah pape, susah kot untuk aku extreme drastik terus tak nak langsung makan makanan yang dah 24 tahun aku makan hari-hari. -__-

Doakan aku berjaya ye!
Ni semalam punya dinner menu ps:maaf kualiti bb je punn

Ni baru je aku makan tadi. Officemate bagi. Rasa nak menangis. jakgi balik keje nk work out smpi muntah balik brownies ni!!
 Ok bai!

Nanti aku update ape result 1 week ni ye!

Ops! lupa nak beritau. Aku keep drink klorofil juga (:
 

Thursday, January 3, 2013

3.1.13 - Daily diet progress

 Hi ho..

Cuba untuk sedaya upaya nak update setiap hari. Nak cerita progress diet katanya. err. Haha hope berjayalah menurunkan berat badan me'olss ye.Semalam kemain tengok utube How to lose fat at home, semangat bagai aku kan. Takpa. Usaha tangga kejayaan uolss.

Semalam buat sits up 40x and lunch makan roti cicah kari ayam, dinner at 8pm makan dekat Johnny's yang sup2 tu. Sayur & mee hoon je masukkan. And aku minum klorofil. Ni Mak Yam bagi.. bagus untuk buang toksik, tak cepat penat and mesti cepat ngantuk! Pukul 9pm je dah mau todoo. hihi

Result pagi ni.. pembuangan toksik adalah lancar. Aku ni dahla susah ni hai nak membuang, so pagi ni segala tok nenek semalam berjaya disingkirkan dari badan ku. i is loike it! :D

Update progess today.. Aku tak sit up banyak, dalam 10x je. Penatnye..Semalam tidur pukul 12pm. So pagi tadi nak bangun punya lah lemah kemain. Perut dah start cramp2 sikit. Maybe tu tanda progress kot. Dapat 1 tips gak dari member sekolah aku.. Dia personal trainer kat gym, normally sit up atas abdoment tu untuk dapat kan 6 pax. So kira salah yg berape hari ni aku buat! tsk.!!

Jadi.. kenalah buat leg up which is dua2 kaki kau diangkat masa kau tengah berbaring tu.. So petang ni balik kerja nak buat ah! Hee :)

Memang susah kot if baru2 nak berjinak nak displinkan diri kau untuk elakk makan processed food, junk food and nasi.. and Rajin buat work out tu semua. Tapi aku berazam! Chewah untuk kuruih macam Kelly Osbourne sekarang ni. Dia kan cam bolat-bolat chubby dulu. Now kuruih gila!! Waaa really impressed! Ke dia amik drugs eh? Ah pape pun aku nak gak jadi cam dia! humpph!! *tangan gengamm*Matikla berangan lebih*

So sesambil tu kita vain dulu amik picture muka sendiri yang kembang setaman. Kot kot progress update muka aku runcing kembali ke kan...




As is today : 3.1.13
Ah malas nak tegakkan! 2.1.13

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails