Owner of this wonder world of magic !

My photo
coffeeholic - Everybody should believe in something. I believe I'll have another coffee. Do wonder in my wonder life (:
Daisypath Wedding tickers

Making love!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Skincare Results - Simple

Hi uols,

Previous entry aku ada cerita pasal beli produk skincare baru. Can refer here.
So whats the result babe?

Pengunaan dia memang aku hari-hari pakai. Just malam tak ikut 3 steps normal tu.
  1. Cleanse
  2. Toning
  3. Moisturizing (*malam tak apply cause nanti bangun pagi muka mandi minyak -___-")
 So far kulit adalah sangat in healthy condition! Me iz sukaa sangat. Dah tak kering mengelupas dah kalu dalam office. It just takda effect whitening jela. Nama pun nak menyihatkan kulit. Pimple ada la satu dua time nak PMS tu. Tapi yang bestnya dia tak meleret2. Then dia akan sendiri kecut or pecah sendiri. Tanpa tinggalkan scar okehh..

Suka sangat. Tapi aku notice satu la, rasa macam dah ade freckles or bintik hitam tu la. Maybe sebab faktor umur kot? tsk. Umur baru 24 tahun. Dah ber'freckles bagai tskk.

So now nak cari pulakk serum untuk kurangkan bintik2 hitam ni. Tak cantek uols muka  bintik-bintik cengini :

Cengini takpe. hiks.

Takpe.nanti kita mentelaah Watson, Sasa , pharmacist untuk cari skincare yang sesuai lagi untuk kulit iols ye :))

Ops! Lupa nak beritau supplement yg makan tu. Blackmores B + C. Iols tak makan dah. sebab perasaan sendiri rasa bila makan makin mendemok mendebab je rase iols ni tau. Tsk. Tanak2!! Nak diettt. So berhenti makan supplement ;p

Till then,

Yours truly.

Thursday, February 28, 2013

Daily beauty skincare & product

Hi Chuolss,

Happy Thursday, eh dah Thursday ropenye -_-'' esok Friday. Pack betul minggu ni maha busy hokeh!
So bertajuk pada entry kali ni adalah penjagaan harian dan kecantikan. Beauty tips uols. Mak jemah mengepoh nak cerite tips! 

Sejak2 dah berumur 24 tahun ni uols, i ols dah ade kesedaran sikit nak menjaga kecantikan diri ini.. Sambil tangan dibahu mata keatas uolsss. 

Bukan maksud before aku berumur 24 tahun ni tak menjaga langsung, cuma yg basic2 jela aku praktikkan, and kadang tak displin pun. Tapiii di tahun alaf baru iniiii haruslah kens jaga segala. Baru glowing gitu, muka pun tak berkeredut, wangi senantiasa wah gitewww. Sila lempang!

Jadi mari start dengan penjagaan dalaman :

1) Supplement Vitamin B + C (brand : Blackmores) 

About this product

Blackmores B+C is a dietary supplement containing B-group vitamins, vitamin C and folic acid. These vitamins provide support for when dietary intake of these vitamins may be inadequate due to an unbalanced diet or insufficient nutrition. The vitamin C and B-group vitamins in this formula may provide additional support for when nutritional status is compromised by lifestyle factors such as cigarette smoking and excess alcohol consumption. Ni bagus utk aku, aku rasalah haha, sebab aku kan tengah berdiet kononnye. Dahla selalu balik dah lewat, badan pun dah penat bangun pagi macam biskut lemau, maka inisiatif aku untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil suplemen ni.. Start makan 25hb Feb, setiap hari intake dia 1, ada 30 biji, for RM25 untuk sebulan. Nanti kita tengok result dia ok, kulit glowing memancor tak? heheh. Aku pun dah start totally tolak nasi, just lunch and breakfast jelah aku amik heavy, macam mee, malam je makan ringan2 such as yogurt, green apple. Jangan mengemok sudah makan supplemen ni!
2) Basic cleanser for dehydrated skin (brand : Simple)
Ni aku baru je start pakai, selama ni mencari product skincare yang suits dengan skin aku, tapi end up ada yg buat oily even worst kulit mengering! So aku pun cecuba product ni, 1st attempt memang supple je skin kita! Lembut je, and paling best dia tak berbuih macam brand lain, 100% without chemical and fragrance free * ni utk kulit sensitive memang digalakkan*. Harga kalu beli satu2 memang membunuh la, kalu stock2 org kekayo buleh la 1st try terus ngap beli. So aku ni buat cara yang sederhana mampu. hehe nama pun 1st try, so aku beli yang trial kit, RM23.80. Mana tau brand ni suits dengan aku kan? Dulu pakai Nano White, tapi dia macam specialized in memutihkan kulit semua, aku ni tak nak pun memutih bagai, dah hitam sedar diri tsk. Kang muka putih lepak badan ala tanned JLo cemano tu? -__-''. Aku mencari skincare yang boleh lembap kan kulit, tak menghasilkan kulit jadi berminyak, janji kulit sihat! :D

So ni basic kit utk type Kind to Skin *dia ada banyak type actually,* but this i used everyday :
Tired skin will look revived as you gently rinse away make-up, dirt and pollution with our Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel 

Soothing Toner

Remove the last traces of make-up and cleanser with our Kind To Skin Soothing Facial Toner to clarify and refresh your skin

Hydrating Light Moisturiser

This everyday, Kind To Skin Hydrating Light Moisturiser is easily absorbed and acts as a great base for make-up
 
Ok done bab basic skincare! Now daily make up, what i calit2 kat muka before pergi office.
 
Now using this! Kemain semua nak try produk baru aku ni.. -___-''
Ehem dah gaji..memang begitu eheh.
 
 
 

BB Make up cream 5 in 1& shimmering loose powder uols (brand : In2It) RM18.90 
 Cheq malaih nak review hok ni, tapi baru arini pakai, so far x bley challenge brand Korea *tak ingat brand apa*, not choosing any foundation, i used bb as there so many benefits in it! (:

Produk lain-lain :

Haruslah, masker from Sasa!! Sekarang tengah promotion buy 5 for RM11, so sesi memborong aa, lagi terpersuade dengan belog Peej. Kemain dia beli tengok cambest, maka aku pun memborong sama mih mih mih :p

Veet shower & daily compact base (brand : Maybelline) - Dua benda alah ni harus ada ye dalam lemari korang as peremphuannggg. Haha xtau lah yang kaki bulus lebat biar je, hihi bulus kakiku xla lebat, tapi memang menjaga kens, so harus ni, 1 month sekali kasi zass! :P



So this is my life saver kit !

Dah la.. penat membebel, hehe saja je nak update what daily things yang sedang aku guna, semoga bermanfaat lah ye :))

Thursday, February 7, 2013

Girls Night Out lah katanya.

Ok.
A day before classmate aku bbm
Dia ade kat sini
So aku iz happy gilaak
Yelah kawan yang baik yang bff semua sekarang study
So dorang tengah cuti sem sekarang ni
So ade masa utk haku yang keseorangan kesedihan ni. eh.

Tapi a day before mcm kelam kabut sangat nak ajak keluar
So jadinya semalamlah aku dengan member aku ni keluar
Tapi pastu ajak schoolmate lagi sorang

Yang tengah study ni takda transport
Duk nun jauh
Aku kalu nak ulang alik amik dia memang tak la
Umah dia mcm kedalam and gelap gila
Dahla i iz rabun.
Tak awas pulak tu mata tsk.

Jadi untuk senangkan kerja
Aku pun hajakk yang schoolmate satu sekolah kitaorang ni
Yang kawan student aku tu classmate ye. So diff disitu.
 Tapi rumah dorang dekat-dekat so takpa senanglah bg dorang.

Plan nak tengok Juvana.
Dah beli tiket pastu pegi dinner
Makan kat Johnny's
Sambil makan sambil borak
Gossip-gossip gitu keh keh keh
Lama uolss tak jumpa
Haruslah gossip takat mengunung gitew

Picture aku lupe nak snap
Orang tengah rancak berbual kens.

Seronok dengar life updates dorang
Cuma aku jelah.
Dah tak sekepohci utk bercerita tentang diri aku
So lebih suka dengar cite dorang.

Oklah
Nampak dah kematangan masing2
Dari yang sorang kat sekolah ni cop Astro haha *sebab kepoh sgt*
Tapi sekarang ok, cerite pun benda2 yg common sense.

Yg lagi sorang dah berubah menjadi lebih better.
I mean menjadi muslimah yg sejati
Dulu aku lah yg selalu merempit naik skuter dia berdua
Meronggeng tak hingat

Hahaha..
Masing-masing dah berubah.

Camtu gak aku kot? ke x?
Haha entah.

Tapi yang penting aku banyak mendengar dari berkongsi. :)

Ok tu je nak cite pasal aktiviti semalam.

p/s : tibe macam best pulak kerja part time kt cinema kan? ramai kawan and yg best boleh tengok movie2 yg latest. :)) Cam nak pergi apply jerrrr..



Tuesday, February 5, 2013

Wonder in my wonder blog.

Wonder blog since published. Now 470 post campur dua untuk hari ini. Jadinya 472 posts
Total pageview 16923, entah hapa entah ada yang stalk mungkin, ada yang google nak cari info mungkin.

Seperti belog aku ini : Wonder
Tertanyalah kamu tentang diriku.
Setiap orang lain.
Begitu juga aku.
Bukan perlu untuk aku cerita setiap isi.
Cuma yang untuk aku kenang saja nanti.
Biar jadi album sejarah (:

Ceritera aku
Si Wonder (:


Thursday, January 3, 2013

3.1.13 - Daily diet progress

 Hi ho..

Cuba untuk sedaya upaya nak update setiap hari. Nak cerita progress diet katanya. err. Haha hope berjayalah menurunkan berat badan me'olss ye.Semalam kemain tengok utube How to lose fat at home, semangat bagai aku kan. Takpa. Usaha tangga kejayaan uolss.

Semalam buat sits up 40x and lunch makan roti cicah kari ayam, dinner at 8pm makan dekat Johnny's yang sup2 tu. Sayur & mee hoon je masukkan. And aku minum klorofil. Ni Mak Yam bagi.. bagus untuk buang toksik, tak cepat penat and mesti cepat ngantuk! Pukul 9pm je dah mau todoo. hihi

Result pagi ni.. pembuangan toksik adalah lancar. Aku ni dahla susah ni hai nak membuang, so pagi ni segala tok nenek semalam berjaya disingkirkan dari badan ku. i is loike it! :D

Update progess today.. Aku tak sit up banyak, dalam 10x je. Penatnye..Semalam tidur pukul 12pm. So pagi tadi nak bangun punya lah lemah kemain. Perut dah start cramp2 sikit. Maybe tu tanda progress kot. Dapat 1 tips gak dari member sekolah aku.. Dia personal trainer kat gym, normally sit up atas abdoment tu untuk dapat kan 6 pax. So kira salah yg berape hari ni aku buat! tsk.!!

Jadi.. kenalah buat leg up which is dua2 kaki kau diangkat masa kau tengah berbaring tu.. So petang ni balik kerja nak buat ah! Hee :)

Memang susah kot if baru2 nak berjinak nak displinkan diri kau untuk elakk makan processed food, junk food and nasi.. and Rajin buat work out tu semua. Tapi aku berazam! Chewah untuk kuruih macam Kelly Osbourne sekarang ni. Dia kan cam bolat-bolat chubby dulu. Now kuruih gila!! Waaa really impressed! Ke dia amik drugs eh? Ah pape pun aku nak gak jadi cam dia! humpph!! *tangan gengamm*Matikla berangan lebih*

So sesambil tu kita vain dulu amik picture muka sendiri yang kembang setaman. Kot kot progress update muka aku runcing kembali ke kan...




As is today : 3.1.13
Ah malas nak tegakkan! 2.1.13

Monday, December 31, 2012

31st December 2012

2012..
  •  Got my car license! yeay!
  • Had my own car.Alhamdulilah
  • Got my increment. Even sikit. tapi Alhamdulilah
  • Tukar department. Sedih. But learn new things.
  • Sedih. Emosi. Depressed melampau.(mix things happened)
Mungkin tak banyak list yang aku berjaya achieved. Tapi major perubahan tetap ada dan aku bersyukur sangat-sangat. Ya keadaan emosi yang tak stabil. Hubungan. Gaduh baik gaduh baik. Tapi inilah lumrah kehidupan cewah. Proses komunikasi maybe :'). Tapi takpa bagi aku tahun 2012 banyak pengalaman yang aku dapat. Jadi haruslah dicatit disini hihi.

2013

Listing? hehe..
  • Simpan 15% dari hasil kerjaanku
  • Kurangkan berat badan yang aku rasa dah tak berani nak timbang ni. erk
  • Do sits up every morning after wake up. today dah start
  • Elak carbs. Tapi tadi lunch nasi ayam -___-'' (lunch perlukan makanan heavy kan? xpe kot muahaha)
  •  Starting to book major things for my BIG DAY!! yeayy (tarikh dah ada)
Harap kalian doakan semoga semuanya termakbul ya!

with love,
yaya 31.12.12  
Diakhiri dengan picture recent kami dan dabel chin aku..


Tuesday, December 18, 2012

How lucky am i? :D

Salam!

Entry kali ini berunsur kegembiraan setelah dapat voucher Jusco worth RM500 for attending company Annual Dinner! So jyeah am happy! Perempuang kan? Mana nak dapat dipisahkan bila diberi voucher shopping. of course la menerima takkan nak tolak kannnn? :p

So begini, aku rasa macam yelah asyik complain jer dgn masalah2 dekat office ni stress sume, sampai nanges2 *ok gembeng* tapi ada sebab aku tak kan dapat nak me'resignkan diri dari company yang aku kadang2 sayang kadang2 rasa nak bako !!!

Benefits yang ditawarkan..chehh.ayat. Memang takkan dapat dekat mana2 EPF dia. Entitlement dia.. even company dolu pun tak boleh challenge! chewah! hihi

Semalam pun pergilah ke Jusco nak meleburkan voucher yang worth RM500 tu. Eh dah tinggal RM400 dah semalam sebab hari Ahad dah lebur RM100 beli sandal Hush Puppies! Sandal yang selalu duk pakai tu pun dah nak nipis sangat2. Baling dekat tikus pun tikus xnak makan! Eh. adeke tikus makan selipar? -__-
So bergembira beli sandal Hush Puppies yang sekarang dah menyesal sebab beli saiz terkecik sikit. Means ngam2! Aku beli size 7 lagi better kot beli size 6? Sebab ape beli size 6? Sebab design dia macam open toe tu. So ikut otak konon cerdik pandai ni. Nanti if beli size besar jari kakii terjulur keluar! Nampak buruk! Jadinya terbeli size 6. TERBELI EHH  oh menyesalnya!!

Sambung cerita semalam,after balik dari kerja 7ish camtu, teruish eksaited nak pergi Jusco tu! So encik nunang pon setuju cakap nak teman. Dah warning dia ari Ahad tu cakap, malas nak shopping dengan awak nanti muka asyik kemek jer. tak best! Pastu mulalah ayat sedih dia cakap "yela..sekarang shopping nak pergi sorang-sorang tak nak ajak kite dah.." -sambil berlalu pergi tu yang x tahan! Then aku cakap ok boleh ikut but promise tak boleh buat muka kemek!!! Dulu masa mula2 bercinta kemain segala ceruk bagai mana awak nak ikut!! Aku bebel dekat beliau. Mungkin dia tersedar kot lepas tu, so dia setuju.. Panjang betul cerita pasal nak pergi ke Jusco ni heeheh.

1st checkpoint : Office Attire! Berjaya grab 2 kemeja, 1 trouser, & 1 dress .Semua ada discount 50% or 70%. Taknak aku beli mahal beratus yang tak ada discount. Jusco je punn. So bijak berbelanja haruslah! hihi
*Sebenarnya tak puas hati nak beli lagi baju, tapi tengok En Nunang pun kesian sebab semua dia tolong pegang* sobs. Eh memang tak puaslah shopping dengan lelaki nih!

2nd checkpoint : Handbag galore! Dah aim dah bag Sembonia tu, tapi ish takda discount! Mahal kemain harga dia. Selalu design macam mokcik-mokcik tapi tengok modest jugak yang latest ni. Ke aku yang dah beralih ke arah fesyen mokcik-mokcik? T--T oh tidakkk!! Aku pun merayau-rayaulah mencari handbag yang berkenan dihati.. Sambil dibuntuti oleh En Nunang yang memeang segala baju yang aku nak beli tadi. Hee thank you sayangku! Camnilah i sayang~ eh. Dah ada bunyij-bunyi tu macam dah bosan. So kita tak jadi beli handbag. Aku decide nanti tunggu gaji kot baru nak cari handbag yang good quality, most of it dekat Jusco semua type yang aku tak suka. So takpalah maybe cari nanti.. Handbag aku tak suka pakai tukar2. Kalu satu tu satu tu jela aku pakai.Macam sekarang handbag Charles & Keith pemberian hantaran setahun lepas, aku pakai yang tuuuu jela. Tu pun dah nak kusam warna dia. So maybe nak cari yang very good quality nanti? :)

3rd checkpoint : Makan dulu.. ye makan dulu sebab En Nunang dah bebelll nak makan laparrrr katanya. So lets makan dekat food court. Kenapa food court? Kerna voucher la youolss bhahah. Mokcik tak gaji lagi so for treaty treat me belanja him la. Kami order mee goreng, nasi ayam dan 2 drinks. Ok what. worth RM20.
Kena cukupkan RM20 because 1 voucher worth RM20. Kasi ngam2  :P

4th checkpoint : Groceries & Toiletries! Beli barang-barang keperluan, tuala wanita, febrezee, berus gigi la, ape la bla bla etc.

Conclusionnya its worth of RM250. Ada balance lagi rm150. heeehuu usha kasut pulakkk nanti ye~

Entry malaih nak snap picture :P

with love,
yaya


Friday, December 7, 2012

Perception. Life. Inside.

Assalam,

Jumaat sudah. Penghulu segala hari :) Sedang berada di office. Tak rasa eh tengok dah hujung hari bekerja. Busy tersangat! Whole weekday ada je event la, meeting la, training la. At least benda ni semua buat aku lupa tentang rasa. Dari duduk termenung, sedih better sibukkan diri betul tak? This is my life now. Kerja busykan diri balik 8pm. Weekend pun banyak nak running errands. Basuh baju kemas rumah. Ya lebih selesa sendiri. Sebab sendiri takkan ada rasa nak bergaduh, annoyed or etc. Selesa meng'appreciate diri sendiri. Sudah terbiasa kali..Diri sendiri jelah yang dapat menghappykan diri sendiri. Saw this one quote ;

"When you have no one around you, believe that you got yourself and everything is gonna work perfectly"- Annon

Ya. betul aku selesa dan happy bila sendiri sekarang. Aku dapat buat apa yang aku suka. Tak macam dulu semua nak berdua. Buat apa semua depend pada dia. I must be independent. That's me now. Pernah satu kali aku kena travel ke kl for meeting.Datang awal sehari. Sedih sebab lone ranger. But i tried to face it. Pergi tengok movie. Cita hantu pulakk. -Sinister kauu. Alhamdulilah aku berjaya harungi diri aku sorang-sorang di tengah tempat yang aku rasa asing dengan jayanya. Satu pencapaian buat aku.

Kita rasa kita akan ketawa bersama, menangis bersama,sumpah harap mati bersama.. macam Teman Penganti pulakk haha tapi memang..hakikatnya, tak semudah yang dijangka :) Ini lah aku. Tibe nak emosi pulak dihari nan indah ni ye dak? haha..

Baru je lepas kena marah dengan boss ni. sobs me now no mood to do work. Cepatlah wahai boss you shuhh shuhhh :P

At WIEF Gala Dinner

with love,

me.

Friday, November 23, 2012

It's Friday! Friday!


It's freaking Friday!
Can't wait for this day. 
Tomorrow & a day after tomorrow is my leaves!
Yeay!

Best best
Rileks!

Monday, November 19, 2012

Run Errands

 
Sepatutnya aku cuti tau hari ini. Pfft sebanyak konon nak berjasa dengan company, maka cuti dicancelled kan then applied on 27th. Aku dah plan macam-macam dah cuti ari ni. Aku tepek list things to do aku :

  • Appointment with Car Service Center (Ni nasib boleh postponed to 27th)
  • Pay monthly car loans
  • Pay room rental (ni bagi dekat kakak aku je nanti)
  • Update my IC to the latest version (woih IC zaman darjah 6 ok!!)
  • Need to go to Bank Islam (regarding my previous account. kad hilang!)
Yang highlighted with red ni kira quit important la.. Even list tak banyak. Will take 1 day ok tu settle everything! Sobs yang paling kelakar IC tulah haih. Teruk benar dah rupanye. -___-


Tak kira,on the 27th nak jugak settlekan semua ni!! humphh!! (^~^)"

Wednesday, September 19, 2012

Eee..ee lamanya eeee

Assalamualaikum!

Eeee! eeee lamanya weyh eee lamaaa sangatttt.

tak hapdet belog.

Ok saya tersangat busy. tersangat lah. Raya sudah habis.Big wedding pun dah settle (Cuki Cousin). Badan makin naik seperti pau goreng. Pipi pauh dilayang eh. eh hee. Ye sangat busy sobs nak pamper diri sendiri pun tak dapat. Me so seturess pfft macam nak menangis tau tak. Terkejar sana terkejar sini. Ye ye saya tahu sejak sudah be"transport" kehidupan sudah tidak setenang dulu.ceh. Dulu kemain tak dapat kereta bebel sesaja. eheh.

Macam-macam benda nak update. Pasal raya raya dah basi je. Macam tak cerita. Boleh gitu? Eleh bukan ade orang baca pun belog ni. Saja buat diari online. Bosan-bosan boleh retrieve balik past history :)

First of all kita mari kita list upcoming benda yang dah kena set reminder!
Almaklum anda sedang baca belog nenek pelupa yang super nyanyuk!

Here we go :


  1.  Survey location for my fairytale dream wedding (peh ayat nak gempak saje)
  2. Starting to list the job task to all my siblings, such : sponsorship :3 , all requirement this upcoming Raya Haj
  3. Make up for my loves one (Mr.Adam Levine S.E) *poor my baby dah terluka ;'(
  4. Start to save money (weolss main undi with macik2 tingkap diketuai oleh Mak Yam)
  5. Car services
  6. Start to berangan-angan my solemnization dress. (my daughter will inherit this - jauh melangit dah ni)
Ok.dah ni saje. tak nak list banyak-banyak kang tak tercapai.

Yang highlighted one is most important things to do. Must by next month. Point nombor 3. Ye ade kejadian telah menimpa kesayangan hamba. sobs. tapi bukan salah beta. orang lain yg haihhh. entahlah.Not an amateur driver like me. but benda dah nak jadi. Kita redha jela..

Our latest picture..


 Hoh.macam nak pergi menikah.!
Kerusus kawin tak pergi lagi oooii!!
aah pening
 
 


Monday, August 27, 2012

Entry sambal belacan ^__^

Hai helo Assalamualaikum!

Sudah Seminggu Syawal menjengah kita. Macam mana agaknya raya korang kan? Raya aku tahun ni memang gilos. hehe Dah besar2 panjang ni baru la balik my parents hometown. Balik Kedah okay and for the 1st time jugak aku drive jejauh from South to North!! Gilo..

Before raya is the most happiest moment for me.. Bank call on Wednesday for signing agreement for my very own first car!! Yeay! after all this.. Aku begitu sabar untuk dapatkan baby boo ni. Sangat-sangat sayangkan my baby boo *gila getix*. Sangatlah rasa lega sebab lepas ni tak perlu lagi bergantung pada sesiapa & menyusahkan orang. Alhamdulilah berkat dah bekerja selama 10bulan. Ini hasilnya ^__^


Aku malas nak huplod picture sebab tengah blogging ni pun curi masa bekerje mih mih mih. Depan boss konon tangan laju je menaip ekeke konon buat kerja tapi sebenarnye... ;p

Tengah sakit perut berry-berry ok sekarang.. Aku rasa mesti pasal salah makan semalam kat ex-schoolmate. En.Tunang pun sakit perut. hadoi berulang pergi toilet je.Penat!Jenuh aku kehulur-hilir asyik nak pegi toilet pfft!Sebut pasal En.Tunang.. eh tengok clock ticker kat belog lagi 1years & 1month. Macam lama je lagi.. Tapi pejam celik pejam celik eh macam tak lama lagi je laaa.. aaa takuit! *ke eksaited? bhahahaa *gatai*


Maybe starting this October aku dah start survey2 dewan & location yang okey untuk mejlis iolsss. Bridal pong same. takpe pelan-pelan kayuh. Baru dapat kereta. Nak stabilise sikit-sikit jangan rerushing sangat. Kens? ;)


So far kerja pon aku dah semakin boleh menyesuaikan diri. If boss ade manjang balik lambat jela. Almaklum jaga big boss. Terpaksa turutkan balik kengkadang pukul 8pm. Takpe pulun OT berjam-jam. Kata nak kawin kens heeee. Tapi aku ade plan if dah ade transportation ni ingat macam nak cari kerja part time je. Rumah tak jauh dengan Jusco boleh sangat if just nak kerja part time on Friday & Weekends. Tapi tula takuit pula bila dah commit nak part time tetibe boss pulak nak suruh naik KL for meeting. Gila penat mak jemah! Ha camna tu? haa..


Kereta nanti nak pergi servis. Sobs masa kat Kedah ayah yang drive then ntahla benda nak berlaku. Terkiss sikit buntuit Gen2. Nasibla Gent2 tu takda pape. Yang kesiannya kereta iols la! Sobs kemek sikit hidungya.. T--T'' yang aku perasan sepanjang aku drive.. Brek dia agak jauh. Nak pergi hantar pergi klinik ni. 1st servis tu tak rasa pulak any probs. After 1k mileage then terus pergi servis. Now dah 3k.. Next  month confirm kena 2nd servis. Bila dah pakai kereta memang dekat tangan kena standby duit banyak. Minyak lagi, just in case anything happen. Haish kopak-kopak. Tula nak part time! Or else aku still tengah menunggu GOOD NEWS from my boss. Sabar itu separuh dari iman. Macam mana aku sabar nak dapatkan kereta. Macam tulah hopefully aku still lagi boleh bersabar untuk mendengar berita baik dari boss tercinta. chewah *bab brite gembire boss sesaje tercinta. bab kerja boss ler yg kena sesaje dihamunnye* ekekeke


Okla sampai sini saja lah entry sambal belacan aku.Eh tak sabar rasenye nak hupdate pasal kawen-kawen pulak. ha gitu  :P

Thursday, August 9, 2012

Okie dokie sloopy yoopie :3


Ow emji.
How was it look?

Sweet sebentin owezz


Still dont believe it.

I
.
.
.
.
.
CUT
MY
HAIR


BY



MYSELF
OK!!!

Tuesday, August 7, 2012

Iftar like Korean wannabe pfft ^__#

Hi assalam!
Yeye tahu makruh post picture makan time-time pagi buta gini.
Haha saje nak bagi korang tempting lagi. Bagi periut tu keriuk-keriuk dekat office time boss xde and tengah browse online fb.twitter.blogwalking.playing youtube.
Eh? Macam diriww sendiriww jeww nieww eheh.

Semalam baru dapat peluang berbuka bersama en.tun berdua.
Selalu dgn family & xpenah pun berdua.
X bagi can langsung iols nak berdetingan. haha

Manjekan perut sekali-sekala bulan Ramadhan ni ape salahnye hiks.
So semalam En.Tun fetch me up at my office.
Decide dekat kepala macam-macam nak makan!
Burgerking.Mcd.Teppanyaki.Steamboat bla.bla.bla.
Memang nak manjekan perut sungguh!


Yela. in Ramadhan aku ajar perut untuk tak banyak cengkadak sangat.
Sahur pun nasi cam secipuit je.
Buka pun sama. Kadang tak makan nasi
Just lauk & airrrrr sahaja.

Semalam je kehendak melebihi keperluan -__-''
Takpekan.. next week dah last berpuasa.
Entah dapat puasa ke tak.
*Counting the days?
gila jahat aku *poke my butt* puit



So here we are!

KAPTEN STEAMBOAT & GRILL !!!!
Om nom nom nommmm

Price boleh tahan. tapi compare to Seoul Garden.
Omakaih kemain rega.
Kata nak manjakan perut. Go on saja!!! jyeahh

Weolls kan feeling korean terlebih. Terpersuade tengok korean makan kimchi la
grill-grill lah. So tekak pun nak merasa benda macam iteww.

Before this makan dekat Seoul Garden ade 3 choices soup tak silap.
Kimchi.Tomyam.Soup.
*of course weolss order kimchi soup kens*
krik..krikk..



Tapi dekat Kapten ade 2. 
which is ..
Tomyam & Soup

We ordered Tomyam!
Hot & spicy like us!
.
.
.
.
Blurfff!


Here few weolls taken at Kapten.
Tak banyak sebab memasing sibuk nak suap-suap masuk mulut panas-panas
Glup!
Baru style Korean katanya.
Bhahaa


 I like Kapten decorations.
See their washroom?
Creative :)


The shots we took!
Till now can feel it.
The sensational of this delicacy..



Ini baru permulaan..


Ceit picture sendiri.En.Tunang sibuk mengrill
takda makna nak berpicture bagai T--T
K. fine i took myself pfft




That is our first time visiting Kapten.
We will continue to enjoy this makan spot in Johor after this!

Biasalah weolss memang #JJCM jer dekat JB ni.


Baru


JOHO


note : i'm having fun using this http://pixlr.com/o-matic/ for photo editing! 

Friday, August 3, 2012

Iftar at Mutiara Hotel by University of Southampton


 Sila tengok picture diatas dikala siang hari ~ krik krik * bunyik perut :P hihihi
My sister invited me to attend her Iftar event from her Educity client. University of Southampton. Nice Buffet and super marvellous dish! Luckily masa bulan Ramadhan ni periut xbule masuk banyak. I'm so full yesterday! Like what i posted in my FB status, sahur sesenduk. Iftar sesenduk carbs. Ekeke i gained much weight nowadays. So during this fasting month try to cut down few kgs. Hopefully berjaya ;D

Semalam je makan banyak gila. Nasi sikittttt je. Lauk, kuih-muih yang marvellousss liciouss memang keliling pinggan hew *lupa ingatan tengah diet*

Bila time puasa macam nilah ramai je client, contractor bermurah hati nak belanja makan besar. So i take this opportunity! hahaha bila lagi kan nak makan sesedap. Hari puasa yang takda invitation back to normal diet. Sahur sesenduk, Iftar sesenduk ;p

Most of my sister officemate i knew them well. Because we are in the same boat! Same companies just different department. So takda lah memalu sangat. Eh bab makan. Mana cikya malu!~ ekeke
Picture bawah ni time dah kill! kill! die! die! konyang sangat. So camwhoring laaa ape lagiiiii~~~


 With Liza & My sister
Huh?

 Gilos!

 They said my sister looks younger than me.
Helo this is because my fracture okey!
DNA abah. Tulang temulang besar!


 Makan desser pulops!


 See? im taller than her!


Educity Collagues


P.s : Hari Jumaat ni.. boss tade.. kerja pun tade.. ape lagi.. mengular la! nak makan taboley! lol!

Monday, June 11, 2012

Helo Busy World! Welcome Abroad

Its been awhile i didnt update any entries in this column. Im just too busy. busy. busy with new transfer line position, my driving class, personal issues, new boss, have to fly here and there,outstation bla bla bla etc. All kinda messed ! Things that currently happen to me. Seems like really make my life kept busying until i forgot the clock is ticking! 


Will try to update soon! Insyallah :)


Wednesday, April 18, 2012

Disasteriouss Pancake

Hai helo. Saje nak update. Tajuk dia Disasteriouss Pancake. Why disaster? Sebab semalam aku balik dari kerja lepas showered, rasa lapar so ada pancake mix bawah ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jenama Pillsbur.. ok tak nampak dah koyak nama dia. ppfft.
Suka pancake mix ni. so fluffy & sangat senang nak masak.
Just 1 cup water with 1/2 pancake powder.
Dalam ada 2 peket. Sebab bujang kan. Makan sorang.
So divide untuk 4 portion. tu pun ade lagi half yang dah bancuh xmasak dalam fridge.
Balik nanti ah masak. nyomnyom

Aku ingat pakai pan kecik so dia cantik je kan bila masak. nah hambik
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Penyek! erkk -__-''

Setelah diangkat. Hah cemgini pan kecik conet ingat ok
pfft.
Peanut butter with choc tu kira imagine macam choc Hershey's la ye
Masa masak pancake, letak tepi bagi cair sebab before this dalam fridge

Hasilnya!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hahahaa. macam nasik dah aku tengok rupa dia.
But hey! Jangan pandang pada rupa okeh.
Sedap tau! nyomnyomnyom

So conclusionnye haruslah pakai pan yang besar untuk masak pancake.. T__T''
Ah peduliklah. bukan nak bagi orang makan pun
Aku sorang je kot.
Appearance doesnt matter .chewahh kau.

Lastly,
Harus menikmati teh hangat Detoxlim! :)






Friday, April 13, 2012

Merah Mak Ngah uolssszz :3

Bila datang hari Jumaat je belum 12.15pm dah fikir nak lunch mane, tempat mane nak laburkan duit yang serba-serbi sikit ni. Hari Jumaat je dah buat conference chat tanya nak makan mana dengan officemate. Dasar perempuan. Kalau tak pasal makan mesti pasal shopping lepastu. *aku ler* pfft. So today we all decided to go Jaya Jusco Bukit Indah. Lunch treat is at Vivo Caffe'.

Aku dulu lepas SPM tengah hingusan kerja Vivo. Tapi dekat Jaya Jusco Tebrau City. Adalah dalam setahun aku kerja. Dah nak naik pangkat kononnye. Jadi supervisa katenye hiks. Tapi aku berhenti cabot sebab tak tahan mak noks macam kerja bangla. Suffer ok weekend kau kena kerja pastu public holiday pun sama. sobs.

Tapi tu cite few years back. Now aku dekat tempat paling selesa kononnye. Duduk dalam aircond, mengadap pc, kadang-kadang je busy. Kalau busy takde maknenya aku nak selalu update belog, fb & twitter bagai ye tak nyah? :P

Hari ini pulakk semua geng yang memang kalau time lunch samee je orangnye semua pakai baju merah mak ngah. Memang la berapi-api office arini :D

Aku memang suka baju kurung kedah red hot chilli pepper mak aku ni. Kau ade nak pakai baju mak kau?? Haha but its really fit me. My moms punya baju yang zaman dolu-dolu. Tradisional tauuuu
Kemain senyum nyahh!

Nah hambik satuu lagi!


My oriental baked rice

Geng Merah Mak Ngah
miahahaaa :D
Yang best boleh staff dulu time aku kerja ada lagi. Dah naik pangkat jadi manager. Bagus! Setia Bersama Vivo!
Dan haruslah beri discount kan pada ex-staff. muahaaahaa #evilaugh ;D

Happy weekends peeps!


Thursday, April 12, 2012

Gembira suka hati goyang goyang bila dapat ini :

Hari ini hari Rabu, sehari selepas Public Holiday. Hari cuti semalam memang aku pulun habis-habisan. Tak pergi bercuti mana. Pergi #JJCM laa. Heh. Tak padan nak diet plan kononnye. En. Tun tuuu. Kalau tak musnahkan diet aku memang tak sah. Jadi aku nak share tempat makanan favourite places aku & En. Tun selalu makan sekitar Johor. Kalau dapat makanan ni kita gembira suka hati kenyang perut goyang-goyang kaki. haah. gitu.

1st favourtie place!

Bubur No 1 Sentosa.

Nih nak habaq maih. this is my favourite ever! Aku memang suka gila makan bubur nasi ni. Nak nak kalau tambah "chaipo" iaitu lobak masin. Oh slrrp *sambil telan air liuq*. Bubur Sentosa No 1 ni memang sangattt popular dekat Johor. Sesiapa yang teringin nak makan kalau visit Johor sila-silalah datang rasa bubur ni. Side dish untuk bubur ni adalah : kangkung goreng belacan *balik mesti achoom achomm T--T"*, pestu telur masin *aku makan yg kuning tu jek hihi yg putih En.Tun habiskan*, then haa yang lain dari yang lain! Ikan bilis goreng with bawanng *apetah nama dia* perah limau plak pastu..perghhh slrrppppp! Lastly, sedikit ikan masin, kekacang. Aku tak suka benda tu, paling penting harus tambah "chaipo" lebih muahahauaaa :D

Yang uniknya deretan kedai ni, sejak aku hingusan lagi mesti ada satu pakcik ni dia akan amik order lepastu dia jerit je " bubur 2 chaipoooo satuuuu!" dengan nada macam mejar tengah bagi arahan berkawad tuh. Ha then akan ade orang jawab tapi aku tak sempat recall plak dia jawab ape heheh. Meriah ok sebab dengan tempat open air tepi jalan then ade plak adegan jerit-jerit. Nak-nak mejar misai *aku panggil camtuh* :P

So mari kita lihat hasil gambar oleh jurufoto ohsem iaitu aku

-___-''



Kalau nak tau yg mana satu "chaipo", tu yg sebelah slices kecik tu
Satu pinggan tu aku yang punyaaa
mih mih mih :3


Hasil close up *sungguh suci murni putih itew*

Maaf kualiti gambar gelap,
maka En.Tun pun nampak arang
tidak memperdulikan aku sebab dia lapar
gggrr.


Second place is :

ABC Kampung Melayu!

Hoyehh hoyehh! tempat ini pun turut mengundang rasa happy tak terhingga bukan sahaja untuk aku tapi En.Tun sekali.. sibuk je dia tu. Ape aku suka, dia pun suka. Haha tapi sharing the favourite things with your love ones is romantic right.ececeh *bluerk*

En Tun ni yang berape kali asyik ajak pergi Kg Melayu semata nak makan ABC, tak kiralah hujan ke petir ke, kalau dia nakkk.Harus diturutkan kalau tak muka muncung patblas! Mak tak kosser nak layan humph! Tapikan ABC ni memang popular tau tak. Nak nak kalau kau pergi time weekend, memang jenuhlah kau nak berbaris beratur panjang semata utk ABC ni. Memang marvellous. Selalu sambil makan, terfikir apa yang sedap sangat & special ABC Kg Melayu ni. Dan setelah berfikir sambil menikmati, tahulah bahwa yang menimbulkan kesedapan haruslah coklat yang tak kedekut & yummylicious serta kacang yang jugak takda dekat ABC mana-mana kedaiii. Itu konklusinye :D

Harus lihat keenakannya melalui pic :

Ni nama kedai tu.
Azmie Wawa dekat foodcourt Kg Melayu
Kedai selamba cool je kecik tapi amik kau untung ratus hokey sehari

En Tun punya.
Jeles sebab coklat dia banyak
grrr
mine

Harus diakhiri dengan picture gila kami yang menunggu ABC tak sampai-sampai mih mih mih :3





p/s : Another favourite food places. Next entrylah babai muah :*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails