Owner of this wonder world of magic !

My photo
coffeeholic - Everybody should believe in something. I believe I'll have another coffee. Do wonder in my wonder life (:
Daisypath Wedding tickers

Making love!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label yaya tips. Show all posts
Showing posts with label yaya tips. Show all posts

Tuesday, October 1, 2019

Percutian Ala Bajet ke Krabi, Thailand (4D3N) 2019

Hello! Assalamualaikum!

Seperti yang dijanjikan, aku bermotivasi untuk sentiasa update belog ini hiewhiewhiew..
So untuk tahun 2019, overseas trip yang pertama adalah ke Krabi!

Bulan September baru dapat nak melangkah panjang sikit, disebabkan raya pun jalan-jalan raya travel sana sini (dalam Malaysia jela)

So untuk trip Krabi, aku & husband plan kononnya nak meminimumkan perbelanjaan flights,accommodation so aku pun mengigihla flight hunting AirAsia and luckily dapat la tiket yang agak berbaloi;

AA JB-KL (return) - RM83 per pax (termasuk airport tax,debit fees)
AA KL-KRABI (return) - RM149.80 (termasuk airport tax, debit fees)

So total per pax for flight all in adalah dalam RM232.80 seorang & kami x ambil extra luggage sebab memikirkan takut luggage delay & kami akan rushing. Bagi aku agak berbaloi bila dah ditambah tolak kos kalau bertolak dari JB naik kereta, tol minyak, parking di KLIA lagi.. Kosnya adalah lebih kurang. Jadi we all decided untuk naik flights saja and tak penat nak drive balik ke JB.

Untuk tips booking multiple flights ni, korang boleh je search contoh dari JB-Krabi terus & AA akan calculate and matchkan suitable connecting flights untuk memudahkan kita. Tapi aku amik separate booking sebab xnak rushing, and si cheapskate ni xnak purchase AA insurance! hahaha.

So utk tips separate flight booking, kena ada buffer atleast 4-3hours untuk next flight korang, so adalah ample time untuk korang x berlari2 di airport KLIA 2 yang super besar itu.

Day 1, 24 September 2019

Depart from JB pukul 11.05 am, kitaorang sampai Senai Airport dalam pukul 9.50am, sempat la berbreakfast dekat Subway & boarding pada pukul 10.30 am.. Trip relaks2 aja ni huhu..
cantikkan view

So kami sampai dalam lebih kurang pukul 12.00 pm, pun tak rushing sebab ke Krabi pukul 4.15 pm, kira sampai tu kitaorang asyikla duk perhati orang berlari berkejaran nak kejar flight huuu. Jalan relaks, lunch dekat McDonald. Lepastu lepak dekat boarding area sambil bergambar-gambar. Maka terhasilah photoshoot impromptu kami seperti kat bawah ni. Hiks.


sila jangan annoying -__-''

Perjalanan dari KL-Krabi hanyalah memakan masa dalam 1jam 20min & waktu dorang lambat sejam dari waktu kita. So sesampai je jalan terus menonong ke lobby sebab dah survey thru belog2 travel untuk terus je ke arah lobby untuk senang dapatkan van ke area Aonang. Kalau yang takda roaming & nak beli simkad, dekat airport Krabi area arrival memang ada je orang-orang yang promote untuk beli & korang boleh dapatkan dalam harga 150bhat-100bhat xsilap. Aku & husband kitaorang memang dah dapat UMobile 3g roaming free. So x perlu la beli simkad lg. Melainkan kalau kau nak update IG berpuluh. Ha confirm kena topup and standby. Umobile pun if dah terexceed penggunaan 3g, dia akan charge RM10 per day. Tapi nasibla sepanjang 4h3m aku kat sana baru guna 1g lebih je sebab bila kat hotel on wifi. Jimat disitu bukannn. Ok berbalik pada shuttle van nih. Aku pegi je area lobby tu ramai benor yang offer shuttle teksi la, van la etc2. Tapi aku terus target ade 1 kakak pakai tudung ni yang pegang papan klip (aku x tau nk describe benda alah ni) & aku tengok dia duk kumpul2 la passengers. So aku rasa akak  ni x kan tipu aku wkwkwkwk. Tapi sebenarnya ok je kat Krabi. Kau just kena pandai bargain jela. Shuttle van tu akak tu charge 150bhat per pax ke hotel  (lebih kurang RM20.50) & rata-rata memang harga shuttle dari airport ke Aonang adalah sama je, 150bhat. Aku deal terus untuk shuttle time balik nanti. Kena make sure dia bagi resit & detail ok utk shuttle van balik tu! Total transportation cost airport - hotel (return) - RM41 per pax.

Perjalanan dari airport ke Aonang adalah dalam 45min camtu, & masa kitaorang sampai tu cuaca macam mendung-mendung berarak kelabu jek. Almaklum dah nak masuk monsun time dah masa kitaorang pegi tu (tu dapat tiket murah wkwkwk) 

Untuk tips hotel/accommodations, aku prefer book dekat Agoda & kadang-kadang Booking.com & most important website yang aku akan klik before pegi mana-mana travel web nih of course la Shopback! (hehew btw not sponsored -_-) sebabnya dekat shopback tu biasanya aku akan dapat rebate after booking hotel or any online shopping website. So far berbaloi-baloi uolss.. Cepat g register shopback dekat link ni Shopback ni untuk dapat your first cashback :)

Hotel aku, memang aku dah decide untuk cari yang below RM100 per night & selepas hunting belog-belog travel & travelog, aku pilih Aonang Eco Inn which bagi aku affordable. Aku dapat RM66 per night and hotel dia sangat ok! Dekat dengan restoran, street foods yang halal compared to kalau korang book dekat are pantai. Tapi kena jalan sikit la if korang nak pegi ke pantai. Tapi sebab hotel ni murah, bersih, tepi jalan Aonang je. pastu ade bathtub! Ha mestilah aku terus book. So total untuk 3malam dalam RM198. Murah bukannnn. Tapi kalau korang nak survey & nak cari lagi murah.. ada je lagi. Tapi keselesaan & kebersihan tu aku tak pasti la eh hehe. Picture hotel aku xambil la pulak, tapi korang boleh klik pada link nama hotel tu untuk tengok ya!

Lepas settle check-in everything, tempat yang first kitaorang nak tuju is 7Eleven depaaaaa! Omg, aku memang nak pergi sangat sebab based on travelog review by others, 7E dia heaven ok. Macam-macam ada k. Macam version Family Mart gitu. Pastu duk la kami ni hari-hari beli thai tea dia sebab sedap nak mampus & harga dia untuk 1 cawan besar dalam RM2.80 jek. Murah bukannnn :D

Pastu kitaorang pun pergilah cari tempat untuk dinner sebab lapar k. Tak makan proper pun dari siang. Pun kitaorang cari food court dia which lokasi dia kedalam sikit bukan dekat tepi-tepi jalan. Situ ada beberapa kedai halal yang offer menu macam kat kedai Awe kat Malaysia. Seafood semua fresh-fresh, and bolehla harga dia xmahal pun. Lebih kurang harga kat Malaysia

 macam gini ha food court dia

 semua ni dalam 580bhat 

 fresh-fresh kan

After dinner, misi seterusnya nak cari pakej untuk day 2 & day 3. Kitaorang memang plan nak amik pakej sebab nak memaksimumkan hari yang ada. If ada yang nak lagi jimat, tak nak ambil pakej pun boleh. Kalau korang pergi hujung bulan September, semua pakej adalah agak murah sebab low season. Bagi aku, ok je sebab tenang & x ramai orang sangat. Just kena beware on weather jela.

Pusing punya pusing sini tempatnya kita booking!

Pakej untuk Day 2 - Hot Spring, Emerald Pool & Kayaking at Ao Thalane (1300 bhat/RM178 per pax)
Pakej untuk Day 3 - 7 Islands Hopping (900 bhat/RM123 per pax) 
Total per pax for 2 Days Tour - RM301.20

Kitaorang x ambil pakej Elephant Trekking since kitaorang adalah sifat-sifat perikemanusiaan tu kens. So untuk pakej Day 2 tu, elephant trekking tukar ke kayaking. All packages ni dah termasuk hotel pickup & meal tau korang. So dah jimat kat situ.

Dah settle booking semua. Jalan-jalan lah kat area pantai Aonang tu hihi


Sebab pantai Aonang tu agak jauh dekat hotel, jadi lapar balik k. haha..So try lah thai pancake ni. Bagi aku rasa dia bhiase-bhiase jek. Boleh order roti boom kat mamak. Ha sama je rasa dia. Kau tambah letak pisang. Jadikk.

Day 2, 25 September 2019
Hot Spring, Emerald Pool & Kayaking at Ao Thalane

After breakfast dekat hotel, tour guide pick up on time ok. Pukul 8.30 am dia dah datang. Then amik tourist yang lain yang sama-sama nak pegi Emerald Pool & Hot Spring. So far 2 tempat ni memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan dari Aonang. Sesampai pun dah dekat pukul 9.30 am. Ada juga option if korang nak sewa motor, tapi memandangkan 2 tempat ni agak jauh & xnak la spoilkan mood penat-penat, kitaorang rela lagi amik pakej hihih. Kalau naik motor lagi murah & cuma kena bayar entrance fees je. Entrance fees xsure pulak berapa, our pakej dah included semua.

 Hot Spring

 Kemahen kakak kau posing kan.

 Husband je yang mandi. Me main celup-celup kaki je sebab panas 

Dekat Hot Spring, kena berjalan dalam 500meter untuk sampai kat kolam air panas tu, air dia memang panas tapi view dia Subhanallah cantik. Banyak tau kebaikan kalau kita berendam dalam kolam air panas natural ni. Ah korang google la sendiri benefits dia k. Masa diberi dekat Emerald Pool ni dalam 1 jam. Lepastu kena bergerak ke Emerald Pool pulak. Just 10mins je untuk sampai ke Emerald Pool dari Hot Spring. Sesampai di Emerald Pool, tour guide inform kena berjalan kaki ke dalam.. 800 meter untuk sampai ke sana. Fuh memang berjalan je harini.. tsk..Masa kat dalam pun di beri 1 jam je kemudian lunch diberi dekat restoran dekat dengan entrance Emerald Pool..

 Emerald Pool
 Cantik tapi ramai benor orang


Lunch provided so far okla, ada tom yam ayam, ayam sweet sour, sayur chapcai, buah tembikai.. So kenyang jugak disitu (jimat xde keluar duit dah.. hihi)

After settle lunch semua, kami bergerak pulak nak ke Ao Thalane, pun memakan masa selama 1jam nak sampai. Dahla x tukar baju, lepas hujan pulak tu..Kesejukan memasing kat dalam van.. huhu..

Nah.. nak belanja gambar kayak kat Ao Thalane, superb gilaaa view dia.. Walaupun penat mengayuh 6km kau dekat laut lepas untuk sampai ke lagun. Lagun dia adalah tempat Leonardo Dicaprio berlakon movie The Beach tu k. Subhanallah memang cantik. Sampai pukul 2pm, habis kayak semua dalam pukul 5pm.. then straight balik ke Aonang balik.. 





Dah balik semua, settle rehat, kitaorang memang nk memanfaatkan habis-habislah hari ke-2 ni, sewa skuter dalam 200bhat utk sehari bawak pusing-pusing Aonang Beach sampailah ke Aonang Night Market. Kami dinner kat situ je sambil layan liveband.




Day 3, 26 September 2019
7 Islands Sunset Tour -Chicken Island, Daeng Island, Phra Nang beach, Tang Ming Island, Poda Island, Tup Island, Sii Island & Railay Beach.

Penat jugak ye nak mengarang blog nih.Hehew.. ok mari kita gigihkan habis menaip. 
Day 3 sunset tour start pukul 1.00 pm, so pagi tu sempat la kami gunakan motor yang sewa dari malam tu ke Noa Pharat Thara Beach untuk ronda-ronda before tour guide pick up kat hotel pukul 1 pm. Lunch kami dekat 7E since nanti dinner provided dekat island. Kitaorang ni asyikla membeli shrimp burger brand CP dia.. Sedap.. Wajib kena beli kalau pergi Thailand. So, after pick up kami di bawa ke jeti, tapi x ingat nama jeti tu. Kena bayar 100bhat per pax untuk tax (xsure kena kena bayar sebab ingatkan all dah included) 

Kami pilih big boat since macam takut hujan lebat kan, x sanggup sis nak berombak bagai kalau naik long tail boat yang famous tu & big boat ade toilet. Dijamin keselesaan disitu hihi.. Nah belanja gambar jela :)



 Feeling dekat Poda Island

 Chicken Island

 Cave area at Railay Beach



Sunset at Railay Beach

Day 3 kami berakhir dengan dinner dekat Railay Beach sambil tengok sunset then snorkeling malam untuk tengok plankton yang berkelip-kelip. Tapi aku x join pun snorkeling malam tu sebab masa snorkeling dekat Chicken Island, kaki aku terkena landak laut yang sakit nak mampssss T-T... So ilang terus mood untuk snorkeling. After balik dari tour malam tu, kami dinner dekat food court yang sama masa hari 1st. Sebab kat situ je yang rasa dia sedap & harga not bad.

Day 4, 27 September 2019

Hari balik!! Tapi sempat lagi shopping souvernir sewa motor kejap untuk pusing Aonang Street hihi.. Sebab flight balik pukul 2 pm.. Kitaorang managed squeezed everything masuk bagpack & luggage cukup ngam 7kg hehe... Cheapskate betul..Sampai KLIA 2 pun masa takla rushing, sebab flight balik ke JB pun pukul 9.00 pm so sempat menyopping perfume kat airport.. no rushing-rushing yalls..


Total untuk 4 hari 3 malam & cover almost all Krabi per pax adalah;

Flight (JB-KL-Krabi) - RM232.80
Hotel - RM99.00
Airport Teksi - RM41.00
Pakej - RM301.20
Sewa Motor -RM47.70 (1 day)
Insurance -RM20 (Etiqa 360)
Total: RM741.70 (total ni x termasuk makan & shopping etc ya!)


Ok then, till next trip uols! Which aku tengah pening kepala ni nak squeeze budget untuk ke negara matahari terbit pulak bulan December ni. Doakan aku rajin update belog lagi ya! heheeewwww..













Thursday, March 21, 2013

Skincare Results - Simple

Hi uols,

Previous entry aku ada cerita pasal beli produk skincare baru. Can refer here.
So whats the result babe?

Pengunaan dia memang aku hari-hari pakai. Just malam tak ikut 3 steps normal tu.
  1. Cleanse
  2. Toning
  3. Moisturizing (*malam tak apply cause nanti bangun pagi muka mandi minyak -___-")
 So far kulit adalah sangat in healthy condition! Me iz sukaa sangat. Dah tak kering mengelupas dah kalu dalam office. It just takda effect whitening jela. Nama pun nak menyihatkan kulit. Pimple ada la satu dua time nak PMS tu. Tapi yang bestnya dia tak meleret2. Then dia akan sendiri kecut or pecah sendiri. Tanpa tinggalkan scar okehh..

Suka sangat. Tapi aku notice satu la, rasa macam dah ade freckles or bintik hitam tu la. Maybe sebab faktor umur kot? tsk. Umur baru 24 tahun. Dah ber'freckles bagai tskk.

So now nak cari pulakk serum untuk kurangkan bintik2 hitam ni. Tak cantek uols muka  bintik-bintik cengini :

Cengini takpe. hiks.

Takpe.nanti kita mentelaah Watson, Sasa , pharmacist untuk cari skincare yang sesuai lagi untuk kulit iols ye :))

Ops! Lupa nak beritau supplement yg makan tu. Blackmores B + C. Iols tak makan dah. sebab perasaan sendiri rasa bila makan makin mendemok mendebab je rase iols ni tau. Tsk. Tanak2!! Nak diettt. So berhenti makan supplement ;p

Till then,

Yours truly.

Thursday, February 28, 2013

Daily beauty skincare & product

Hi Chuolss,

Happy Thursday, eh dah Thursday ropenye -_-'' esok Friday. Pack betul minggu ni maha busy hokeh!
So bertajuk pada entry kali ni adalah penjagaan harian dan kecantikan. Beauty tips uols. Mak jemah mengepoh nak cerite tips! 

Sejak2 dah berumur 24 tahun ni uols, i ols dah ade kesedaran sikit nak menjaga kecantikan diri ini.. Sambil tangan dibahu mata keatas uolsss. 

Bukan maksud before aku berumur 24 tahun ni tak menjaga langsung, cuma yg basic2 jela aku praktikkan, and kadang tak displin pun. Tapiii di tahun alaf baru iniiii haruslah kens jaga segala. Baru glowing gitu, muka pun tak berkeredut, wangi senantiasa wah gitewww. Sila lempang!

Jadi mari start dengan penjagaan dalaman :

1) Supplement Vitamin B + C (brand : Blackmores) 

About this product

Blackmores B+C is a dietary supplement containing B-group vitamins, vitamin C and folic acid. These vitamins provide support for when dietary intake of these vitamins may be inadequate due to an unbalanced diet or insufficient nutrition. The vitamin C and B-group vitamins in this formula may provide additional support for when nutritional status is compromised by lifestyle factors such as cigarette smoking and excess alcohol consumption. Ni bagus utk aku, aku rasalah haha, sebab aku kan tengah berdiet kononnye. Dahla selalu balik dah lewat, badan pun dah penat bangun pagi macam biskut lemau, maka inisiatif aku untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil suplemen ni.. Start makan 25hb Feb, setiap hari intake dia 1, ada 30 biji, for RM25 untuk sebulan. Nanti kita tengok result dia ok, kulit glowing memancor tak? heheh. Aku pun dah start totally tolak nasi, just lunch and breakfast jelah aku amik heavy, macam mee, malam je makan ringan2 such as yogurt, green apple. Jangan mengemok sudah makan supplemen ni!
2) Basic cleanser for dehydrated skin (brand : Simple)
Ni aku baru je start pakai, selama ni mencari product skincare yang suits dengan skin aku, tapi end up ada yg buat oily even worst kulit mengering! So aku pun cecuba product ni, 1st attempt memang supple je skin kita! Lembut je, and paling best dia tak berbuih macam brand lain, 100% without chemical and fragrance free * ni utk kulit sensitive memang digalakkan*. Harga kalu beli satu2 memang membunuh la, kalu stock2 org kekayo buleh la 1st try terus ngap beli. So aku ni buat cara yang sederhana mampu. hehe nama pun 1st try, so aku beli yang trial kit, RM23.80. Mana tau brand ni suits dengan aku kan? Dulu pakai Nano White, tapi dia macam specialized in memutihkan kulit semua, aku ni tak nak pun memutih bagai, dah hitam sedar diri tsk. Kang muka putih lepak badan ala tanned JLo cemano tu? -__-''. Aku mencari skincare yang boleh lembap kan kulit, tak menghasilkan kulit jadi berminyak, janji kulit sihat! :D

So ni basic kit utk type Kind to Skin *dia ada banyak type actually,* but this i used everyday :
Tired skin will look revived as you gently rinse away make-up, dirt and pollution with our Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel 

Soothing Toner

Remove the last traces of make-up and cleanser with our Kind To Skin Soothing Facial Toner to clarify and refresh your skin

Hydrating Light Moisturiser

This everyday, Kind To Skin Hydrating Light Moisturiser is easily absorbed and acts as a great base for make-up
 
Ok done bab basic skincare! Now daily make up, what i calit2 kat muka before pergi office.
 
Now using this! Kemain semua nak try produk baru aku ni.. -___-''
Ehem dah gaji..memang begitu eheh.
 
 
 

BB Make up cream 5 in 1& shimmering loose powder uols (brand : In2It) RM18.90 
 Cheq malaih nak review hok ni, tapi baru arini pakai, so far x bley challenge brand Korea *tak ingat brand apa*, not choosing any foundation, i used bb as there so many benefits in it! (:

Produk lain-lain :

Haruslah, masker from Sasa!! Sekarang tengah promotion buy 5 for RM11, so sesi memborong aa, lagi terpersuade dengan belog Peej. Kemain dia beli tengok cambest, maka aku pun memborong sama mih mih mih :p

Veet shower & daily compact base (brand : Maybelline) - Dua benda alah ni harus ada ye dalam lemari korang as peremphuannggg. Haha xtau lah yang kaki bulus lebat biar je, hihi bulus kakiku xla lebat, tapi memang menjaga kens, so harus ni, 1 month sekali kasi zass! :P



So this is my life saver kit !

Dah la.. penat membebel, hehe saja je nak update what daily things yang sedang aku guna, semoga bermanfaat lah ye :))

Monday, November 19, 2012

What Women Want

Hi All, Happy Monday Blues.. just like me..

Currently in my KL Office, kena assist boss dekat sini.. Bulan ni dah 5 kali aku travel ke sini. Adeh penat ok. Even naik flight and bukan aku yang bawak airplane tu.-__-'' So just blaberring in the afternoon. Kerja dah settle just await my boss jela. Hurm tak tau nak update ape. Tadi blogwalking. Suka dengan blogger ni punya tips & pengalaman beliau. Malas cerita banyak. Copy paste from her ;



Since tak boleh nak copy paste beliau punya karangan. so uols pergi jela dekat link diatas yeh.

Banyak betul cliche pasal perempuan yang beliau tahu,. Yelah dia kan perempuan, aku pun perempuan so benda yang aku rasa dia pandai nak describe in context to let different gender understand much.
Ha kalu lelaki tak faham juga tak tahu lah.

Lagi aku ni sekarang yang berdarah manis bak madu -__-
Lagilah. Reti tak kaum lelaki faham?
RETI TAK??

grr.

5 days.


Sincerely,

Women with PMS Syndrome.

Friday, November 9, 2012

Flawless is what every girls dream on :)

Salam Jumaat Everybody!
Lama betul tak update my deary blog!
So based on the title, flawless..
Is what every girls dream on hehe..
Including me! No one in this beauty world is perfect.
Allah Swt may not give perfect physical but His give good personalty.
So its vice versa. If dapat dua-dua alhamdulilah kan?

So semenjak dah berumur 23 tahun dan asyik jela stress tak habis-habis
Last few weeks ago, i pampered myself at my home.
Nak pergi spa tak mampu! haha so pmpered dekat rumah jela ye ^__^

I bought this :
 

 Skin Softening Yogurt Mask, Kiwi flavour
This is to soothe & moisturize our skins!
Also untuk menenangkan kulit dan melegakan kulit
Dah asyik stress dengan condition air yang tak berapa nak bagus lagi sekarang.
So i choose this type of mask

Result : Its really works! Kulit sangatalahh lembut & macam pau dilayang gitu eheh.
Sampai tertidur ok! Sepatutnya 1/2hour je drag sampai 10.30pm!! aha
Cuci pun dengan mamai segala -___-''

Bukan tu je. Kata spa dekat rumah hehe
Haruslah untuk kulit badan juga kan.

I applied these :
Nivea Good Bye Body Cellulite (babai sangat selulit itu)
Johnson & Johnson's Whitening Lotion

Lepas mandi, lepas apply mask syok sekali ok pakai 2 benda alah ni.
Yang untuk selulit tu. ops! tipulah kalau semua perempuan takda. Yang kurus then gemuk then kurus balik mesti akan ada selulit ( nak kata dah kuruslah ni T--T)
Nasib tak horror lah kan mine. At the same time Nivea Skin Cream ni boleh firm kan lagi kulit badan bagi bergetah uolsss! (ni tak sure,pakai pun 2kali setahun bahaha)

Sangat suka dari dulu sampai sekarang Johnson&Johnson's Lotion
Wangi & tak melekit.
Sukaaa :')

Lagi satu tips, suka apply olive oil dekat siku & pergelangan kaki
Biasa dekat situ ada kulit kering.
Pakai olive oil boleh melembabkan bahagian tu.
(Jangan pakai olive oil yang untuk masak tu pulakk)

So hasilnya ! :


Tara papapa! I'm lovin it!

Sesi bercamwhore selepas muka bercahaya adalah harus!

Babai ! Nanti update lagi any tips ok!


p/s : harini kitew dekat office KL, bencikk

Monday, August 2, 2010

Kecantikan adalah hak milik setiap insan ;)

ni bukan momok oke. -___- sesi mencantikkan wajah oleh cik yaya yeh hee.. Bloggers sekalian, tahukah anda wajah akan mula melalui proses penuaan apabila umur kita menjangkau 20tahun? ceh.jadi pakar kecantikan cam dalam Watson pulokk. Tanda-tanda penuaan adalah seperti disekeliling mata ada garis-garis halus especially person who wear specticles .nak cakap diri sendiri la tuh.. Selain itu kalau perasan macam ada..eh bukan macam ada. tapi ada! benjolan kecil putih mcm whitehead tapi bukan juga freckle haha xsure spell betul ke x nih. Benjolan tu adalah milia sejenis ketulan kecil yang boleh dilihat sekitar bawah mata dan sekitar pipi. Ianya akan timbul apabila kita sudah meningkat dewasa or kata lain, tua! hehe. ha kau.panjang lebar cik yaya explain T -- T So untuk mencegah kulit kita dari kerepot macam nenet kebayan, mari bermula dengan memaskerkan diri anda! yeh! yeye lakayaya! Masker yang cik yaya guna ni jenama Garnier - Self Heating Sauna for 3mins. terasa hangat selama 3min gitu!

Masker ini bagus untuk orang yang mempunyai kulit wajah berliang roma besau lagi sekali nak cakap diri sendiri la tuh. -__-'' Seriously bila pakai rasa hangat macam kat sauna phewwww :* terasa meresap ke dalam pori-pori ku,eceh. Bila pakai tu jangan duk kalut nak buat kerja lain yeh. Time tula sibuk nak mengemas, sapu sampah, mop lantai segala bagai. Masker ini untuk 3min. Jadi rehatkanlah wajah anda minda anda selama 3minit. Selepas itu cucila sebab dia xmacam masker lain yang akan mengering bila ditepek dimuka. Cuci tu sila gosok-gosok gonyoh jangan xgonyoh! especially area T-zone korang, dahi dan dagu kerana area situ memang selalu ada blackhead dan pori-porinya lebih cepat terdedah pada habuk, minyak dan segala bagai.

Selepas mencuci, lap kering-kering muka dan jangan lupa sapu toner yeh! Selalu korang ingat mencuci pakai pencuci muka or cuci masker sudah cukup untuk bagi kulit kita macam telur baru kupas. Tapi!! sebenarnya x taw. Bila dah cuci muka,liang-liang pori kita akan terbuka and time ni la segala bakteria,benda asing akan senang masuk dan jadilah jerawat yang berbukit-bukau tuh... Toner function dia adalah untuk mengecilkan kembali liang pori kita. So korang janganlah kedekut sangat untuk beli toner. This facts and tips cik yaya tahu masa dulu amik kelas kecantikan. Apa? ingat Michelle Phan je ke tau! ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails